KETUA jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, tidak bersetuju dengan keputusan Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) memilih Brazil sebagai tuan rumah bagi menggantikan Argentina dengan alasan pandemik koronavirus.
Copa America tahun ini -- yang ditunda setahun gara-gara pandemik sejagat itu -- sepatutnya berlangsung di Colombia dan Argentina tetapi kedua-dua negara berkenaan digugurkan status penganjur, masing-masing atas alasan ketegangan politik dan isu koronavirus.
CONMEBOL mengesahkan edisi 2021 akan berjalan seperti yang dirancang dengan Brazil dipilih untuk mempertahan kejuaraan di laman sendiri walaupun negara itu antara yang terjejas teruk dengan krisis kesihatan COVID-19.
Ketika Argentina sedang mempersiapkan pasukan bagi perlawanan pembukaan pada 13 Jun ini, Scaloni mempersoalkan keputusan badan pengelola itu menggugurkan hak tuan rumah Argentina.
"Sebelum ini, ramai bercakap mengenai masalah yang kami hadapi sebagai sebuah negara untuk menganjurkan Copa America dan usaha kerajaan dan AFA adalah untuk mencuba untuk ia dianjurkan di Argentina," kata Scaloni menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Chile esok.
"Colombia telah digugurkan dan pada akhirnya, ia diputuskan untuk tidak dilangsungkan di sini kerana isu kesihatan.
"Tetapi kini kami tiba-tiba perlu ke Brazil dengan alasan yang mereka berikan. Sudah pasti situasinya sama atau lebih buruk berbanding kami.
"Dan di tempat itu, amat sukar untuk menyesuaikan diri tetapi ia tidak bermakna kami perlu ke sana untuk bermain dan memberikan yang terbaik.
"Masih banyak ketidakpastian, penginapan, di mana kami akan berlatih. Perspektif kami telah banyak berubah kerana sebelum ini, kami akan menyertai kem latihan dengan segala langkah pencegahan.
"Dan kini, kami berdepan situasi yang masih berbahaya dan merisaukan kerana ia bukanlah satu tempat yang ideal," katanya.
BACA: Copa America: Brazil akan jadi tuan rumah, bukan Argentina
Astro Arena
Thu Jun 03 2021
SCALONI: "Sebelum ini, kami menyertai kem latihan dengan segala langkah pencegahan, kini kami berdepan situasi yang masih berbahaya dan merisaukan." - Foto Astro ARENA
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.
Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup
Sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan, setakat 30 April lepas.
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki penggal kucing
Mahkamah Sesyen Kuching menolak pengakuan bersalah seorang penganggur lelaki yang dituduh memenggal kepala seekor kucing milik jirannya.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Semakan menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.
Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.
COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus
Molekul dari bisa ular kapak jenis 'jararacussu pit' itu mampu mengekang pembiakan virus tersebut sebanyak 75 peratus di dalam monyet.
UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai
Program itu bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan varian COVID-19 berbeza.
COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam
Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes).
COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM
Kadar peratusan bagi pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah sebanyak 47.6 peratus atau bersamaan 9,351 kes.
COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.
COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja
Kategori komuniti pula merekodkan 11 kluster manakala kluster lain yang dikesan KKM ialah kategori Institusi Pendidikan dan Kumpulan Berisiko Tinggi.
COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM
Trend jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes.
Hospital buka 'wad baharu' di tempat letak kereta susulan lonjakan jumlah pesakit COVID-19
UMMC juga merancang untuk membuka khemah hospital bergerak awal minggu depan.