KUALA LUMPUR: Sejumlah 9,105 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 836,296 kes.

Selangor masih menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 4,682 diikuti Kuala Lumpur (1,247), Negeri Sembilan (541) dan Johor (392).

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 87,841 kes dengan 961 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 455 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 91 kes kematian baharu, sekali gus menjadikan kumulatif kematian ketika ini adalah 6,158.

Kes keseluruhan sembuh adalah 742,297 kes selepas 5,194 kes dilaporkan sembuh hari ini. 


Berikut pecahan kes baharu hari ini mengikut negeri:

Selangor - 4,682 (286,352)
KL - 1,247 (88,958)
Negeri Sembilan - 541 (52,392)
Johor - 392 (74,828)
Kedah - 382 (28,584)
Pahang - 300 (16,148)
Melaka - 278 (21,875)
Sabah - 271 (72,313)
Sarawak - 270 (68,869)
Pulau Pinang - 243 (36,619)
Perak - 207 (29,110)
Kelantan - 150 (36,141)
WP Labuan - 54 (9,141)
WP Putrajaya - 49 (2,599)
Terengganu - 38 (11,759)
Perlis - 1 (608)