Dua kluster COVID-19 masih aktif setakat hari ini, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Ia melibatkan tapak pembinaan di Kuala Lumpur dan kluster pengawal keselamatan di Cheras.
"Laporan kluster COVID-19 yang masih aktif di Malaysia sehingga 16 Mei 2020 hanya melibatkan dua kluster. Kluster yang pertama melibatkan tapak pembinaan Kuala Lumpur iaitu ada pertambahan satu kes menjadikan 31 kes.
"Kluster pengawal keselamatan Cheras ada pertambahan satu kes, menjadikan jumlah kes 25," katanya dalam sidang media harian di sini pada Sabtu.
Mengenai ujian saringan untuk bukan warganegara, katanya kira-kira 26,000 telah disaring dan melalui ujian COVID-19 dan daripada jumlah itu, 1,302 adalah positif.
BACA: COVID-19: Satu kematian melibatkan kakitangan KKM, 73 kes pulih dan 17 kes baharu
"464 bukan warganegara masih dalam rawatan, dan tiga orang lagi sedang dirawat di ICU. 830 bukan warganegara telah sembuh dan turut melibatkan empat kematian," ujarnya.
Sementara itu, tiada kes baharu yang dikesan di Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Jalan Othman pada hari ini.
"Jumlah kes positif COVID-19 kekal 28 kes melibatkan dua kes di luar PKPD. 21 daripada mereka bukan warganegara," kata Dr Noor Hisham lagi.
Pada masa sama, jelasnya tiada pertambahan kes melibatkan kluster perhimpunan Sri Petaling dan jumlah sampel yang telah disaring ialah 78,708 kes.
Bagi saringan di 370 sekolah tahfiz dan madrasah sehingga 16 Mei, 13,468 telah disaring dan melalui ujian COVID-19.
"Jumlah kes positif adalah 655 kes dan mereka yang bergejala ialah 96 dan mereka yang positif dan tidak bergejala ialah 559 kes," tambahnya.
Selain itu, saringan COVID-19 di 350 pasar sehingga hari ini melibatkan sebanyak 28,385 sampel yang telah diambil dan diuji.
KKM juga memaklumkan pemantauan dan pengawasan ke atas Kluster Bandar Baharu Ibrahim Majid mula ditamatkan.
"Tiada kes dilaporkan dalam 28 hari. Kes ini melibatkan 193 kes dan 4 kes kematian. Begitu juga dengan Kluster Makassar Sabah tamat tempoh pemantauan hari ini," tambah beliau.
Rahimah Abdullah
Sat May 16 2020
Dua kluster COVID-19 masih aktif setakat hari ini, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing
Dua lagi pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Cheras.
Tiada kes tibi berstatus wabak di Cheras
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persekutuan (JKWPKL&P) menegaskan tiada kes Tuberkulosis (tibi) berstatus wabak di Cheras.
Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal.
12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.
Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi
Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.
Banjir landa beberapa kawasan di Cheras
Kebanyakan kawasan sekitar ibu negara mula dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak petang tadi.
Hanya Cheras, Nilai masih catat bacaan IPU tidak sihat setakat 6 petang ini
Hanya dua kawasan sahaja mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 petang ini berbanding tujuh, pada 10 pagi tadi.
Jerebu: Kawasan dengan IPU tidak sihat menurun kepada 12
Jumlah kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat menurun kepada 12 setakat 3 petang Isnin.
Guna khidmat 'mummy' warga asing tarik pelanggan
Taktik terbabit dipercayai untuk memudahkan urusan pelanggan yang kebanyakannya turut terdiri daripada warga asing.