SHAH ALAM: Keengganan segelintir masyarakat Islam menerima vaksin COVID-19 menyukarkan pihak berkuasa membenarkan pembukaan sepenuhnya masjid-masjid di Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud.
Beliau berkata sehingga Selasa masih ada ahli masjid yang tidak mahu divaksinasi menyebabkan kelulusan sepenuhnya untuk membuka semula masjid-masjid belum dapat dipenuhi.
"Perkara ini sudah pasti sangat menyedihkan, walaupun golongan yang menolak vaksin mengatakan perkara tersebut adalah hak mereka, hak majoriti juga perlu dilindungi.
"Saya rasa sudah cukuplah media sosial menguar-uarkan perkara yang tidak berasas (berkenaan vaksin dan COVID-19) yang telah menyebabkan banyak program tertunda," katanya pada sidang media pada Rabu.
Media hari ini melaporkan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata hanya 20 peratus daripada 146 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pegawai serta ahli jawatankuasa masjid dan penolong pendaftar nikah JAIS yang hadir program vaksinasi khas JAIS hari ini, bersetuju mendapatkan suntikan dos pertama.
Menurut Mohd Shahzihan, jumlah sebenar mereka yang diarahkan hadir dalam program dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) itu adalah 872 orang.
Susulan itu, beliau berkata JAIS dijangka mempersembahkan senarai individu yang enggan menerima vaksin di bawah kelolaan pihaknya kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat ini untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 22 2021
Dr Siti Mariah berkata sehingga Selasa masih ada ahli masjid yang tidak mahu divaksin menyebabkan kelulusan sepenuhnya untuk membuka semula masjid-masjid belum dapat dipenuhi. -Gambar fail
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
Kes demam denggi di Selangor dijangka meningkat 150 peratus
Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150 peratus pada tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk Aedes dengan serius.
Selangor terus program saringan kesihatan percuma, perluas tiga skop perkhidmatan
Kerajaan Selangor meneruskan saringan kesihatan percuma, iaitu program Selangor Saring 2023 dengan menambah tiga lagi skop perkhidmatan.
Kesihatan mental: Segera dapatkan nasihat psikiatri, kaunselor - Dr Siti Mariah
Kerajaan negeri memandang serius isu tersebut dan memperkenal inisiatif Selangor Mental Sihat (Sehat) bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan.
1,076 kes penderaan kanak-kanak di Selangor dalam tempoh 9 bulan
Ia merangkumi tiga kategori iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi dan penderaan atau gangguan seksual seperti yang dikeluarkan PDRM Selangor.
Kes keganasan rumah tangga di Selangor terus meningkat
Sebanyak 1,519 kes dilaporkan bermula Januari hingga Oktober, berbanding hanya 1,349 kes direkodkan tahun lepas.
Tiada kes taun baharu di Selangor, pemantauan tetap diteruskan - Exco
Dr Siti Mariah Mahmud berkata hanya satu kes dilaporkan pada 21 Okt lepas dan pesakit tersebut kini telah sembuh sepenuhnya.
COVID-19: Enggan divaksinasi sukarkan langkah buka semula masjid - Exco Selangor
Keengganan segelintir masyarakat Islam menerima vaksin COVID-19 menyukarkan pihak berkuasa membenarkan pembukaan sepenuhnya masjid-masjid di Selangor.
Kes menurun: Hospital Selayang, Serdang dijangka tidak lagi jadi hospital COVID-19
Hospital Selayang dan Hospital Serdang dijangka tidak lagi menjadi hospital COVID-19 pada akhir bulan hadapan susulan trend penurunan jangkitan wabak tersebut di Selangor.
Selangor tidak setuju PKP penuh, tapi akur jika diarahkan - Exco
"Kalau ada pilihan, kita tidak mahu 'lockdown' (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor. Tapi kalau diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Ordinan Darurat, maka kami akan patuh,".
Siti Mariah dilantik Naib Presiden Amanah
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli pula dilantik sebagai Setiausaha Agung Amanah.