Selepas mencatatkan satu kes positif terbaharu positif COVID-19 pada Rabu, daerah Samarahan kembali diumumkan sebagai zon kuning COVID-19 di negeri Sarawak.
Sebelum ini, daerah Samarahan bertukar status kepada zon hijau pada 20 Mei lalu apabila tidak mencatatkan sebarang kes positif wabak itu selama 14 hari.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Rabu.
“Daerah Samarahan bertukar status daripada zon hijau kepada zon kuning, bagaimanapun jumlah status daerah berstatus kuning setakat hari ini (Rabu) kekal dengan lima kawasan dan daerah berstatus hijau sebanyak 35 kawasan,” jelasnya.
Pada masa sama, Uggah turut mengumumkan bahawa daerah Sibu telah bertukar status daripada zon kuning kepada zon hijau.
Antara lain Sarawak hari ini mencatatkan tiga kes positif terbaharu menyaksikan dua kes dari daerah Kuching dan satu kes dari daerah Samarahan.
Menurut Uggah, tiga kes positif itu dikesan hasil daripada usaha penjejakan kontak di dua daerah tersebut.
Bagi kes positif di daerah Samarahan, kes berlaku apabila pelajar Kolej I-System yang positif dari Tanjung Manis telah berkunjung ke rumah kawannya di Samarahan.
“Menerusi penjejakan kontak pelajar kolej I-System ini, 11 kontak rapat adalah negatif dan 14 lagi masih menunggu ujian makmal.
“Manakala dua kes positif di Kuching pula, 25 kontak rapat telah disaring dan keputusan adalah negatif,” katanya.
Seterusnya tambah Uggah, dua kes positif di Kuching juga menyaksikan 25 kontak rapat telah disaring dan keputusan adalah negatif.
Syafik Shukri Jalil
Wed May 27 2020
Sebelum ini daerah Samarahan bertukar status kepada zon hijau pada 20 Mei lalu apabila tidak mencatatkan sebarang kes positif wabak itu selama 14 hari. FOTO: Astro AWANI
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.
RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.
Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.
"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.
Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.
Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.
COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.
JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.
COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif
Satu kes yang dilaporkan pada hari ini dicatatkan di Kota Samarahan. Kes tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.