SEREMBAN:Kerajaan akan mula membuat tempahan awal vaksin COVID-19 menerusi peruntukan berjumlah lebih RM3 bilion dalam Belanjawan 2021, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata pihaknya yakin peruntukan itu mencukupi bagi membuat tempahan awal vaksin berkenaan yang dianggarkan diperoleh suku pertama tahun depan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kita akan mula buat tempahan awal kepada vaksin yang sedang dibangunkan itu. Saya jangka dalam tempoh sebulan dua ini kita akan dapatkan maklumat keberkesanan vaksin itu daripada KKM," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan terjejas banjir di sini, hari ini.
Khairy merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sewaktu membentangkan Belanjawan 2021 semalam berkata kerajaan komited mendapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya melalui penyertaan Program COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX) dengan jangkaan kos bekalan vaksin melebihi RM3 billion.
Dalam pada itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menyifatkan peruntukan RM400 juta untuk penyelidikan dan pembangunan bagi menyokong perkembangan sains dan teknologi adalah penting untuk mengkomersialkan produk ciptaan negara dan teknologi tempatan.
"Kita tak mahu hanya bergantung kepada teknologi luar negara yang mana melibatkan kos pembelian yang agak tinggi, jadi dengan adanya dana yang besar ini, ia akan ditumpukan pada penyelidikan produk dan teknologi dalam negara," katanya.
Sementara itu, Khairy yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sembilan berkata pihaknya akan menyalurkan anggaran peruntukan berjumlah RM500,000 untuk membaik pulih jalan yang terputus dan membina semula tebing sungai Kampung Kuala Sawah yang runtuh susulan banjir pada Rabu lepas.
Sungai berkenaan turut menghubungkan beberapa kawasan termasuklah Kampung Stesen, Kampung Pasir, dan Pekan Kuala Sawah, dekat sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020
Khairy menyifatkan peruntukan RM400 juta untuk penyelidikan dan pembangunan bagi menyokong perkembangan sains dan teknologi adalah penting. -Gambar fail
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.