awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM tambah 1,899 pelantikan petugas kesihatan secara kontrak

Siti Farhana Sheikh Yahya
Siti Farhana Sheikh Yahya
12/10/2020
06:01 MYT
COVID-19: KKM tambah 1,899 pelantikan petugas kesihatan secara kontrak
Selaras dengan perkembangan semasa yang menunjukkan trend peningkatan semula wabak COVID-19, tambahan seterusnya diperlukan bagi petugas kesihatan. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia akan menambah sebanyak 1, 899 petugas kesihatan melalui pelantikan kontrak bagi tujuan menyokong perkhidmatan kesihatan semasa penularan wabak COVID-19.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba menerusi laman Twitter beliau hari ini.
Kenyataan itu turut menekankan bahawa KKM telah pun mengambil langkah segera dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Sabah dan Selangor.
Namun, selaras dengan perkembangan semasa yang menunjukkan trend peningkatan semula wabak COVID-19, tambahan seterusnya diperlukan bagi petugas kesihatan.
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Antara petugas kesihatan sokongan tambahan yang dipohon adalah pegawai penyelidik, jururawat, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai kesihatan persekitaran, juruteknologi makmal perubatan dan pembantu tadbir (perkeranian/operasi dan kewangan).
“Permohonan telah dikemukakan pada 9 Oktober selaras dengan persetujuan Kerajaan agar Kementerian Kesihatan dipertimbangkan untuk menambah petugas kesihatan kepada sejumlah 2,000 lantikan kontrak seperti yang telah diluluskan oleh Kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin sebelum ini," tambah Dr Adham.
Selain daripada di hospital, klinik, makmal dan pusat kesihatan, petugas-petugas juga akan ditempatkan di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara dan di pintu-pintu masuk antarabangsa negara.
KENYATAAN MEDIA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA. Petugas Kesihatan Tambahan Seterusnya Menerusi Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) Bagi Tujuan Menyokong Perkhidmatan Kesihatan Dalam Tempoh Penularan wabak Covid-19#COVID19Malaysia pic.twitter.com/MNZNGHaO3L
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) October 12, 2020
Topic Berkaitan
#KKM
#PKPB
#PKPD
#COVID-19
#Adham Baba
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
#klinik
#positif COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan