KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Isnin atas kesalahan tidak mengisytiharkan harta sewaktu pernyataan bertulis dengan bersumpah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin kelihatan tenang, hanya menjawab, “faham” dan “minta dibicara” selepas tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi sekitar jam 9.50 pagi.
Menurut kertas pendakwaan, penyataan bersumpah Daim, bertarikh 8 November 2023, tidak mematuhi terma notis, di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009, dan menyebabkan beliau didakwa di bawah Seksyen 36(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, atau denda tidak melebihi RM100,000.
“Bahawa kamu, pada 13 Disember 2023, di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, telah dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta694] bertarikh 8 November 2023 …
“… yang telah dihantar kepada kamu oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta-harta seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran A, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta694].
Terdahulu Daim tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sekitar 8.45 pagi, ditemani isteri Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan anak Muhammed Amir.
Biarpun dalam berkeadaan berkerusi roda dan sedikit uzur, Daim masih sempat senyum dan mengangkat tangan kepada kumpulan media yang menanti sejak jam 7 pagi untuk membuat liputan prosiding beliau.
Antara harta yang tidak diisytiharkan ialah akaun bank iaitu Amanah Saham Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional, serta tujuh kereta mewah termasuk Rolls Royce Royce 2 Axl Rigid Body dan Austin Morris Austin.
Selain itu, 38 syarikat yang tidak diisytiharkan termasuk Avillion Berhad, Avillion Hotel Group Bhd, Dream Cruiser Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd dan Ibu Kota Developments Sdn Bhd, selain 20 hartanah premium di sekitar Kuala Lumpur.
Firdaus Azil
Mon Jan 29 2024
Biarpun dalam berkeadaan berkerusi roda dan sedikit uzur, Daim masih sempat senyum dan mengangkat tangan kepada kumpulan media. - Astro AWANI/Shahir Omar
DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.
Lionel Messi cipta sejarah baru MLS dengan lima bantuan gol
Lionel Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Bolasepak Utama (MLS) yang mencatat lima bantuan gol dalam satu perlawanan.
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Ia bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Setiap pemimpin jaga satu kampung, cadangan dibentang pada Kabinet - PM Anwar
Perdana Menteri mencadangkan agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi sampai ke kumpulan sasaran.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan
Tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli, dilaporkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung transaksi syarikat penerbangan MAS.
Kes Daim: SPRM siasat ahli perniagaan Singapura Akbar Khan kes pengubahan wang haram, rasuah - Laporan
Ahli perniagaan Singapura yang juga pemaju hartanah terkenal di Malaysia, Datuk Seri Akbar Khan dilaporkan disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah oleh SPRM.
Tiada jaminan isteri Daim tidak lari jika pasport dikembalikan - Pendakwa
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, tiada jaminan isteri Daim, Na'imah akan kekal berada di negara ini, jika pasport antarabangsanya dikembalikan secara tetap.
Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid memohon Mahkamah Sesyen memberikan suatu perintah untuk merujuk soalan mengenai kesan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kepada Mahkamah Tinggi.
Azam Baki sahkan disaman Daim
Tan Sri Azam Baki mengesahkan menerima saman yang difailkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin terhadapnya.
Daim buta sebelah mata, strok - Peguam
Daim mengalami masalah kesihatan yang kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan.
Senarai aset Daim Zainuddin
Beliau didakwa di bawah Seksyen 36(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, atau denda tidak melebihi RM100,000.
Saya tidak peduli nasib diri, lebih risau masa depan negara - Daim
Daim 'tidak sabar'menunggu hari perbicaraan bagi tujuan membersihkan namanya.
Daim minta dibicara kerana gagal isytihar harta, termasuk 25 hartanah dan 38 syarikat
Daim kelihatan tenang, hanya menjawab, "faham" dan "minta dibicara" selepas tuduhan terhadapnya dibacakan.
Daim tiba di mahkamah untuk didakwa tidak isytihar harta
Bekas Menteri Kewangan yang berusia 86 tahun itu tiba sekitar pukul 8.40 pagi dengan berkerusi roda.