KUALA LUMPUR: Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.

Pakar Perubatan Respiratori Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Helmy Haja Mydin berkata, dasar bersifat tempatan ini lebih dekat dengan rutin harian masyarakat dan boleh dilaksanakan secara berkesan.

“Kebanyakan kes-kes di seluruh dunia, entiti yang paling sesuai untuk membuat dasar berimpak tinggi ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dasar berkaitan cara buang sampah dan kebakaran terbuka, yang secara umumnya lebih penting daripada dasar besar.

“Kita tidak perlu buat pengumuman, potong reben dan kata kita akan buat dasar untuk buatkan jerebu hilang. Tumpukan kepada perkara-perkara kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.


Dasar diperingkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai

Menurut Helmy, antara dasar peringkat tempatan yang boleh dilaksanakan adalah berkaitan penggunaan plastik sekali pakai.

Katanya, PBT boleh memperkenal dasar penggunaan plastik yang digerakkan secara organik di lokaliti masing-masing.

“Kita selalu pesan makanan daripada perkhidmatan penghantar dan setiap hantaran ada disertakan dengan sudu-garpu plastik. Bagaimana cara untuk kita kurangkan penggunaan plastik sekali guna ini?

“Adakah dengan memperkenalkan dasar atau beri pilihan kepada pengguna untuk tidak mengambil sudu-garpu plastik dalam pesanan mereka?” ujarnya.


Agenda AWANI: Kesihatan Planet | Pencemaran Udara, Bertindak Sekarang!