MALAYSIA
Diskaun insurans untuk pemandu berhemah sedang dipertimbang - Anthony Loke

ANTHONY: Pihak saya akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam masa terdekat untuk berbincang tentang pemberian diskaun bayaran insurans kereta kepada pemandu berhemah. - Astro AWANI
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberikan diskaun bayaran insurans kereta kepada pemandu berhemah mulai tahun hadapan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam masa yang terdekat.
“Cadangan ini sebenarnya dikemukakan pihak PIAM dan mereka boleh bekerjasama dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melaksanakan diskaun insurans ini.
“Kami ingin memberikan ganjaran kepada pemandu yang berhemah dan mematuhi undang-undang dan bukan sahaja mengenakan denda kepada mereka yang melanggar undang-undang.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Shaharuddin Khalid dan Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Dasar Mohd Khairul Adib Abdul Rahman.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami