Seorang doktor pakar di sebuah pusat perubatan swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mengelak membayar cukai pendapatan berjumlah lebih RM700,000.
Dr Ahmad Nizar Jamaluddin, 56, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Khairul Nizam Abu Bakar.
Pengakuan tidak bersalah itu dibuat oleh Rudy Kurniawan Usman, sebagai mewakili doktor itu yang tidak dapat hadir ke mahkamah.
Menurut jurubahasa mahkamah, Dr Ahmad Nizar yang merupakan Orang Kena Saman (OKS), turut mengemukakan surat kuasa kepada mahkamah memaklumkan beliau tidak dapat hadir dan mewakilkan Rudy Kurniawan pada prosiding hari ini.
Menurut pertuduhan, doktor itu secara sengaja dan dengan niat untuk mengelak cukai pendapatan yang sepatutnya dimasukkan dalam Borang Nyata (Borang BE) Tahun Taksiran 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 yang menyebabkan cukai terkurang sebanyak RM729,968.25.
Beliau sepatutnya membayar cukai berjumlah RM66,414. 60 bagi tahun 2007, RM123,326.82 (tahun 2008), RM120,017.43 (2009), RM104,760.76 (2010), RM97,583.72 (2011), RM89,545.30 (2012) dan RM128,319.62 (2013).
Jumlah keseluruhan pendapatan yang terlibat adalah RM2.763 juta.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 114 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda daripada cukai terkurang bagi setiap pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan peguam kanan LHDN Norzilah Abdul Hamid.
Mahkamah menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula kes. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 22 2017
Dr Ahmad Nizar Jamaluddin, 56, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Khairul Nizam Abu Bakar. - Gambar hiasan
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin
Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat di Pontian, Johor, pada 12 tengah hari Isnin.
Dua lelaki rugi RM3 juta ditipu pelaburan kripto, saham
Kes pertama, mangsa merupakan seorang doktor pakar kerugian lebih RM2 juta, manakala mangsa kedua ialah pesara jurutera syarikat swasta.
PRN Johor: Kurang doktor pakar, perlu ke bandar untuk terima rawatan
Isu yang sudah lapuk sekian lama sehingga kini masih belum menemukan jalan penyelesaian.
28,000 doktor pakar diperlukan menjelang 2030 - Khairy
Negara memerlukan sekurang-kurangnya 28,000 doktor pakar menjelang 2030 bagi memenuhi keperluan peningkatan populasi golongan warga emas.
Malaysia kekurangan pakar neurologi kanak-kanak - Dr Dzulkefly
Negara hanya mempunyai 22 pakar tersebut berdaftar dengan Daftar Pakar Kebangsaan dan hanya sembilan daripada mereka berkhidmat di hospital kerajaan.
Melaka bantu kos penerbangan keluarga Ainul Mardhiah ke UK
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata Kerajaan Negeri secara dasarnya bersetuju untuk membantu memudahkan urusan keluarga itu mendapatkan rawatan di luar negara.
Pakar di UK sedia rawat bayi hidap kanser 'Germ Cell Tumor'
Bayi berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dijangka berlepas ke United Kingdom (UK) minggu depan.
Dua saksi doktor inkues Muhammad Adib buat laporan berkaitan ugutan - Polis
Kedua-dua mereka adalah saksi doktor pakar dalam Inkues kematian Mohammad Adib Mohd Kassim.
Malaysia perlukan 200 pakar neurologi untuk rawat pesakit strok
Seramai 92 pesakit strok dimasukkan ke hospital setiap hari dan kini negara hanya mempunyai 107 pakar neurologi.
"Nyanyi sikit pun dah rasa pedih" - Jeslina Hashim dedah punca peti suara rosak
Penyanyi Jeslina Hashim mengakui rindu untuk kembali membuat persembahan, namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkannya.