CHERAS: Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki etnik Rohingya berusia 32 tahun, mengatakan isteri dan anaknya cedera dalam kejadian itu.
Beliau memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa dikatakan ke padang permainan untuk mengambil anak lelakinya yang berusia dua tahun.
"Waktu itu, mangsa terserempak dengan dua lelaki warga asing yang dikenalinya dalam keadaan mabuk.
"Salah seorang daripada mereka menyuruh mangsa membeli petrol dan diisi ke dalam botol. Apabila mangsa menyerahkan botol berisi petrol itu kepada suspek, kedua-dua suspek bertindak menyimbah petrol dan terus menyalakan api terhadap mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Zam Halim berkata, susulan itu mangsa yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) melecur 30 peratus pada bahagian muka dan badan, manakala anaknya mengalami kecederaan ringan.
Mangsa kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Beliau memberitahu, kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 35 tahun itu sudah dikenal pasti dan sedang diburu polis.
"Kita masih lagi menyiasat motif kejadian," katanya.
Zam Halim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Seksyen itu memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di 03-9284 5050/ 5051, Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 13 2024
Zam Halim berkata, kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 35 tahun itu sudah dikenal pasti dan sedang diburu polis. - Foto fail/BERNAMA
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh
Curiga dengan keadaan mereka yang berpakaian lusuh, penduduk terus menahan dan menghubungi pihak polis.
Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya ditinggalkan tanpa perlindungan
Kebakaran yang memusnahkan kompleks tempat perlindungan padat diperbuat daripada buluh berlaku di sebuah kem di tenggara Bangladesh.
UNHCR gesa tindakan segera selepas cubaan usir pelarian Rohingya di Banda Aceh
UNHCR menggesa pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan etnik Rohingya dilindungi.
Polis, PGA gempur kawasan penempatan Rohingya
Operasi digerakkan selepas mengesan video tular mengenai keresahan penduduk terhadap kehadiran etnik tersebut pada 12 Dis lalu.
Empat beradik termasuk bayi ditemui terabai, ditinggal sendirian
Pegawai JKM telah membuat siasatan segera ke lokasi kejadian dan mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan warga Rohingya serta sebelum ini sering berpindah-randah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia perlu batalkan lima reservasi dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak - Pesuruhjaya Suhakam
Malaysia perlu membatalkan kesemua lima reservasi yang masih terpakai terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).