SUNGAI PETANI: Dua lelaki ditahan selepas dikejar sejauh kira-kira 36 kilometer kerana ingkar arahan berhentikan kenderaan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungai Dua Utara pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 21 dan 23 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Alza telah memecut kenderaan biarpun arahan berhenti dengan membunyikan wisel dan menunjukkan isyarat tangan yang mudah difahami ke arah pemandu telah dibuat.
Menurutnya, polis bertindak mengejar kenderaan tersebut dari Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang hingga ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan, Kedah selain membunyikan siren dan speaker suara ke arah suspek.
"Arahan berhenti dan menggunakan lampu beacon tidak diendahkan sehingga suspek dilihat memecut dan melakukan aksi zig-zag sepanjang lebuh raya dari Kilometer 113 sehingga Kilometer 108 susur keluar Sungai Petani yang membahayakan pengguna jalan raya lain.
"Semasa sampai di Plaza Tol Sungai Petani, kenderaan tersebut telah melanggar palang di plaza tol di Lorong K06," katanya.
Zaidy berkata, selepas melanggar palang tol, kenderaan suspek terus memecut ke Jalan Lencongan Barat sehingga lampu isyarat Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.
"Semasa hendak menahan kenderaan tersebut di lampu isyarat, suspek telah melanggar arahan lampu isyarat merah serta merempuh sebuah kereta jenis Honda Accord," katanya.
Tambah beliau, suspek turut melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu isyarat menyebabkan kenderaan tersebut berpusing satu kali serta tayar bahagian hadapan kiri dan bahagian belakang kiri meletup.
Katanya, suspek keluar dari kereta dan melarikan diri ketika cuba ditangkap sehingga berlaku pergelutan, namun kedua-duanya berjaya ditahan.
"Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek tidak menemui apa-apa barang salah bagaimanapun pemandu kenderaan berusia 23 tahun tidak mempunyai lesen memandu.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 16 2022
Kereta Perodua Alza dinaiki dua lelaki yang merempuh SJR di Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang akhirnya ditahan di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. - Foto PDRM
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.
Dua lelaki rempuh SJR dikejar sejauh 36 kilometer
Suspek turut melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu isyarat menyebabkan kenderaan tersebut berpusing satu kali.
Video tular anggota trafik kasari lelaki di SJR, polis buka Kertas Enkuiri Polis
Polis Pulau Pinang membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi menyiasat secara terperinci kejadian seorang anggota trafik mengasari seorang lelaki di sekatan jalan raya (SJR), di Bukit Mertajam.
Dua lelaki sorok 408.26 gram dadah dalam kereta dicekup
Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 31 tahun ltu ditahan dalam sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di susur masuk Tol Kuala Terengganu.
Tahanan imigresen lolos: Polis tubuh Pasukan Cantas, buru baki 171 PATI
Pihak IPK Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing menubuhkan enam 'Pasukan Cantas' bagi memburu baki 171 tahanan yang masih lagi bebas.
Lelaki cuba lari daripada SJR sudah ditahan
Lelaki berusia dalam lingkungan 31 tahun tersebut dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.
Tuang air ketum atas jalan
Dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 40an itu didapati membawa air ketum dalam tiga botol.
JPJ laksana Ops Sedar bermula esok, kesan kenderaan tiada insurans
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula esok bagi memantau pemilik kenderaan yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan motor.
PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok
PDRM akan melaksana Sekatan Jalan Raya (SJR) di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.
Aktiviti rentas negeri mungkin disalah guna sesetengah pihak - Ketua Polis Kedah
Polis Kedah akan meningkatkan operasi khususnya di kawasan pintu sempadan susulan kebenaran aktiviti rentas negeri dan pembukaan sektor ekonomi yang memungkinkan kelonggaran ini disalah guna.