Dua orang kenamaan yang dikaitkan dengan individu yang disahkan positif COVID-19, disahkan negatif jangkitan tersebut.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham, menerusi satu kicauan di laman Twitter KKM, berkata hasil ujian makmal yang dilakukan di Hospital Sungai Buloh mendapati kedua-dua individu adalah negatif.

Walaupun pihak KKM tidak mendedahkan nama mereka, namun kedua-dua orang kenamaan tersebut dipercayai merupakan bekas menteri dan timbalannya.

Mereka dikaitkan dengan seorang pekerja Khazanah Nasional Berhad (kes ke-26) yang dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari lalu.

BACA: COVID-19: "Saya sihat, Alhamdulillah" - Bekas menteri


Sebelum ini, Dr Noor Hisham juga berkata tiada kes baharu yang dilaporkan setakat hari ini (2 Mac) dan kekal pada 29 kes positif.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj manakalan tujuh kes lagi masih menerima rawatan di wad isolasi di beberapa hospital di Lembah Klang.

Kesemua kes berada dalam keadaan stabil.