KLUANG: Duit RM40 yang diberikan Mohd Ashraf Rafiq Mohd Arifin, 11, adalah kenangan terakhir bagi bapanya, Mohd Arifin Syamsuddin sebelum anaknya itu meninggal dunia dalam kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang, petang semalam.
Mohd Arifin, 32, berkata pada mulanya dia enggan menerimanya, namun anak sulungnya itu berkeras tetap mahu memberikan kepadanya dengan alasan boleh digunakan ketika mereka bercuti nanti.
Selain pemberian itu, tiada perubahan sikap yang berlaku terhadap anaknya itu, cuma kanak-kanak itu meminta untuk menaiki kereta Perodua Myvi yang sama dengan sepupu mereka.
"Selama ini kami sekeluarga tidak pernah menaiki kereta berasingan ketika bercuti, namun kali ini anak saya itu mahu menaiki kereta Myvi bersama sepupu mereka, kami berkonvoi tiga kereta menuju ke Mersing untuk bercuti.
"Ketika kejadian, saya yang berada di hadapan terdengar bunyi dentuman yang kuat dari arah belakang dan terkejut bila lihat ada kenderaan lain melintang di tengah jalan, sedangkan kereta Perodua Myvi yang dinaiki anak saya tidak kelihatan," katanya ketika ditemui di perkarangan hospital, malam tadi.
Mohd Arifin berkata dia yang memandu kereta Perodua Bezza terus membuat pusingan U dan mendapati kereta Perodua Myvi terbabit sudah terbalik di bahu jalan dan terus meluru keluar menyelamatkan mereka.
Dia berkata ketika usaha menyelamatkan mereka yang berada di dalam kereta itu, dia mendakwa terkena renjatan elektrik dipercayai berpunca daripada pagar yang berada di kawasan berkenaan, namun tidak mempedulikannya kerana nyawa ahli keluarga lebih penting.
"Pada mulanya saya bersama pakcik berusaha untuk mengeluarkan mangsa, namun dia yang mempunyai penyakit jantung memberhentikan hasratnya itu.
"Orang ramai yang berada di lokasi tidak berani turun ke kawasan itu tetapi saya terus nekad untuk menyelamatkan mangsa satu persatu bermula dengan mendukung anak saya," katanya.
Selain Mohd Ashraf Rafiq, mereka yang meninggal dunia ialah pasangan adik beradik Muhammad Zharfan Noramin, 16, dan Muhammad Syakir Noramin 11; Siti Nurzannah Kahdar, 26; Masrina Kahdar, 21 dan Muhammad Adil Abdul Kahdir, 22.
Terdahulu, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kluang ke Kahang untuk berkelah di Pantai Air Papan, Mersing, sebelum kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan bertembung kereta Honda Stream di lokasi berkenaan pada pukul 4.40 petang, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang. - Foto JBPM
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Gagal patuhi lampu isyarat, 2 remaja maut motosikal bertembung kereta
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, malam tadi.
Kemalangan maut: Polis mohon saksi di Bandar Baharu tampil bantu siasatan
Kejadian melibatkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
Penunggang wanita maut digilis treler di Jalan Klang Utama
Mangsa yang berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kapar menuju ke Klang.
Kontraktor didakwa memandu berbahaya, sebabkan kematian dua beradik
Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah datas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beradik.
Mangsa ketiga nahas Jalan Gerik- Jeli meninggal dunia
Pemandu yang parah selepas terbabit dalam nahas yang mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik- Jeli, pada Ahad disahkan meninggal dunia.
Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut
Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kejadian langgar lari.