KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dibenarkan beroperasi semula setelah mendapat keputusan rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan lepas.
Pemangku Presiden FDAM, Datuk Zulkeflie M Osman berkata, berdasarkan surat KDN bertarikh 15 Sept, keputusan rayuan daripada dibubarkan diluluskan dengan syarat oleh kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 18, Akta Pertubuhan 1966.
Beliau berkata, FDAM juga telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada Selasa, bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung maklumat dan tindakan penambahbaikan yang dikemukakan kepada jabatan itu dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat tersebut.
"Pertemuan FDAM itu, yang dihadiri saya bersama Setiausaha FDAM, Mohamad Zaini Hassan dan Bendahari K. Logananthan di pejabat JPPM, berjalan lancar dan baik.
"Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara diminta pihak JPPM seperti logo rasmi FDAM masih belum diluluskan penggunaannya sehingga diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada penghujung tahun ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada 7 Jun lepas, Pendaftar Pertubuhan (RoS) membubarkan FDAM antara lain disebabkan perlanggaran sebahagian daripada akta perlembagaan terdahulu, yang dianggap tidak kukuh oleh RoS.
Zulkeflie mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah serta pegawai di KDN dan JPPM Kuala Lumpur yang membantu FDAM untuk beroperasi semula.
Menurutnya, penghargaan juga dizahirkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) atas dorongan, nasihat serta sokongan dalam membantu usaha memulihkan status FDAM yang terbatal sebelum ini.
"Fokus dan hala tuju FDAM kini untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan persatuan termasuk langkah penambahbaikan dan idea baharu yang perlu ada bagi kemajuan persatuan.
"Diharapkan hubungan serta kerjasama FDAM dengan kementerian, jabatan dan pihak swasta yang berkaitan dengan perfileman serta stesen TV diperkukuhkan lagi selepas ini, selain terus mengembangkan kerjasama luar dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS)," katanya.
Sebagai persatuan tunggal yang mentauliahkan pengarah filem di Malaysia, Zulkeflie berkata, FDAM sentiasa mengharap sokongan penuh daripada semua pihak dalam melahirkan pengarah yang berkaliber serta dapat menyahut cabaran dalam dunia perfileman, seiring kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Zulkeflie berkata, berdasarkan surat KDN bertarikh 15 Sept, keputusan rayuan daripada dibubarkan diluluskan dengan syarat oleh kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 18, Akta Pertubuhan 1966. - Gambar FB Zulkeflie
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
FDAM galakkan ahli mencarum SKSPS - Afdlin
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggalakkan kesemua ahlinya menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso.
Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM
Afdlin berikrar untuk menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.
FDAM dibenar beroperasi semula - Pemangku Presiden
Persatuan Pengarah Filem Malaysia dibenarkan beroperasi semula setelah mendapat keputusan rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri bulan lepas.
Jenazah Mat London selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati selepas solat Jumaat dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan industri perfileman.
FDAM minta MyCAP dikaji semula
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) agar mengkaji semula Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP).
FDAM bantah penerbitan iklan Hari Kebangsaan bangkitkan isu perkauman
Bantahan itu merujuk kepada sebuah video berdurasi satu minit yang diterbitkan oleh sebuah pertubuhan memaparkan adegan seorang bapa melontarkan kata-kata berunsur perkauman di hadapan anaknya.
COVID-19: Ahli FDAM bakal dapat vaksin berkelompok - Ahmad Ibrahim
Presiden FDAM Ahmad Ibrahim berkata peluang itu turut terbuka kepada pasangan mereka dan anak berusia 18 tahun ke atas.
Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.
Video promosi judi: Pengarah, syarikat berkaitan sindiket bukan ahli FDAM
Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata pihaknya akan bertindak mengikut perlembagaan FDAM tanpa mengganggu siasatan polis jika mereka ada dalam senarai keahlian persatuan itu.
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik penaung pertama FDAM
Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik sebagai penaung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang pertama sejak persatuan itu ditubuhkan pada tahun 1993, berkuat kuasa 1 Feb lepas.