Pasukan kelab, Felda United FC (FUFC) memintas kedudukan Kelantan di persada Liga Super selepas menang tipis 2-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, malam tadi.
Skuad 'The Fighters' selesa berada di depan menerusi gol Ahmad Syamim Yahya dan Edward Junior Wilson, masing-masing pada minit ke-15 dan 28' sebelum penyerang kebangsaan ATM, Norshahrul Idlan Talaha mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-34.
Perak pula mengekalkan kedudukan kedua liga walaupun seri 2-2 menentang wakil Singapura, Lions XII di Stadium Perak, Ipoh.
Charles Chad Souza dan Namkung Woong menjaringkan gol untuk skuad 'The Bos Gaurus' masing-masing pada minit ke-27 dan 49' manakala dua gol Lions XII dijaring oleh Khairul Amri pada minit keempat dan Firdaus Kasman pada minit ke-68.
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas Kelantan.
Pesta gol skuad 'The Cops' bermula dengan gol penyerang berbisa dari Maldives, Ali Ashfaq pada penghujung babak pertama perlawanan sebelum Dramane Traore menggandakan jaringan pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti selepas Ali dijatuhkan di dalam kawasan penalti Kelantan.
Ali menambah derita pasukan Kelantan menerusi gol peribadi kedua pada minit-72 sebelum pemain import dari Gambia, Mohamadou Sumareh mengesahkan kemenangan mutlak PDRM pada minit ke-85.
Pasukan Terengganu yang kalah 1-3 kepada Sarawak di Kuching, Sabtu lepas, bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan tercorot liga, Sime Darby FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel muncul wira skuad 'Penyu' selepas meledak dua jaringan pada minit ke-45 dan 76 manakala gol tunggal pasukan pelawat dihasilkan oleh Nemanja Vidakovic pada minit ke-61.
Sarawak dan Pahang terpaksa berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan di Stadium Negeri Sarawak.
Dalam pada itu, juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mengikat Selangor dengan keputusan 1-1 di Stadium Shah Alam.
Pemain import dari Indonesia, Andik Vermansah meletakkan skuad 'Gergasi Merah' di depan seawal minit pertama sebelum Luciano Figueroa menyamakan kedudukan untuk JDT pada minit ke-62.
Perlawanan berkenaan yang disaksikan hampir 30,000 penyokong berlangsung tegang sehingga memaksa pengadil, Samsuddin Ibrahim melayangkan kad kuning kepada beberapa pemain kedua-dua pasukan.
Bernama
Sat Feb 21 2015
Felda United memintas kedudukan Kelantan di persada Liga Super selepas menang tipis 2-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia 2-1 malam tadi. - Foto Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
AWANI Pagi: Pameran Palet Budaya: Interaksi seni & Gastronomi
Makanan dan seni visual mungkin kedengaran agak janggal untuk disatukan, tetapi itulah keunikan Pameran Palet Budaya: Interaksi Seni & Gastronomi.
Ikuti bingkisan disediakan penyampai AWANI Pagi, Azib Zikry dalam membedah karya-karya unik, khazanah seni negara.
Ikuti bingkisan disediakan penyampai AWANI Pagi, Azib Zikry dalam membedah karya-karya unik, khazanah seni negara.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Mei 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry;
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.