KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan menubuhkan majlis MADANI dan jawatankuasa pemandu bersama antara kementerian dan sektor swasta untuk meningkatkan kerjasama yang lebih kukuh dan tanggungjawab secara bersama dalam kalangan sektor swasta dan awam, dan pihak berkepentingan.
Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memastikan penyelarasan yang betul bagi semua strategi serta mencapai penunjuk prestasi utama dan pelan tindakan.
Susulan berakhirnya pilihan raya negeri baru-baru ini, FMM berharapkan sokongan berterusan daripada kerajaan persekutuan dan juga negeri dalam usaha penciptaan nilai yang mampan dan berdaya saing, terutamanya melalui aktiviti pembuatan yang telah dikenal pasti sebagai enjin pertumbuhan baharu negara di bawah kerangka Ekonomi MADANI.
"Kestabilan politik dan kejelasan dasar terus menjadi pertimbangan utama bagi pelabur asing dan domestik.
"Kami menyeru barisan exco kerajaan negeri yang baharu untuk terus memberi sokongan mereka kepada sektor perniagaan dengan dasar pro-perniagaan yang diperbaharui bagi meningkatkan keyakinan pelabur, yang merupakan kunci untuk perniagaan mencapai kecemerlangan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Soh berkata kerajaan juga diharapkan dapat terus melaksanakan pendekatan berorientasikan hasil dan misi serta kekal fokus kepada pemulihan ekonomi dan dasar yang betul dengan mengukuhkan asas ekonomi, termasuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Selain itu, katanya, komuniti perniagaan juga memerlukan persekitaran kawal selia yang mesra perniagaan untuk memastikan industri terus berdaya saing dan mampan serta berkembang pesat.
"Justeru, adalah penting agar semua dasar dan langkah yang dilaksanakan bagi membantu pemulihan perniagaan dan ekonomi berdasarkan kepada empat prinsip utama iaitu kredibiliti, kejelasan, konsisten dan kepastian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri. - Foto fail/BERNAMA
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.
Piala Dunia ISTAF: Malaysia kempunan tamatkan kemarau 33 tahun
Impian Malaysia untuk menamatkan kemarau 33 tahun skuad sepak takraw dalam acara berkumpulan Piala Dunia ISTAF. tidak kesampaian.
Abang Jo mahu etika kewartawanan dipertahankan di era AI
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta setiap wartawan untuk membuat liputan yang lebih bertanggungjawab dan tepat, dalam menghadapi saingan teknologi yang semakin hebat.
Teknologi AI boleh membantu dan boleh juga disalah guna - Abang Johari
Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.
Pasangan tular bawa bayi pakai alat pernafasan sudah isi borang nikah
Pasangan tular yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal baru-baru ini akan dinikahkan dalam masa terdekat.
Kertas siasatan kes buang beras lengkap, akan dirujuk Peguam Negara
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bahagian undang-undang kementerian akan meneliti secara menyeluruh supaya tindakan diambil itu lengkap.
AEON Bank secara rasmi lancar bank digital Islam pertama di Malaysia
AEON Bank (M) Bhd secara rasmi melancarkan bank digital pada Ahad, sekali gus menjadi bank digital Islam pertama di Malaysia.
Fokus Minggu Depan: HAWANA – Cabaran dan pelindung buat wartawan
812 individu ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu, Ops Bersepadu Sempadan
812 individu ditahan disyaki memiliki dadah menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.
Malaysia Masters 2024: Soon Huat-Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik
Tebus kekecewaan 2017 dengan julang kejuaraan menewaskan pasangan Indonesia.
Mekanisme levi pelbagai peringkat perlu dilakukan seiring dengan permohonan pekerja asing dalam talian - FMM
Ini akan mengukuhkan keseluruhan proses pengambilan pekerja asing di Malaysia, dan tindakan itu penting untuk menerima pakai lebih banyak teknologi, kata FMM.
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
FMM syor kerajaan tubuh majlis MADANI perkukuh kerjasama sektor awam-swasta
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.
Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.
FMM gesa sistem lebih baik mohon dana, geran dan insentif berkaitan IR4.0
Thian Lai berkata ini bagi meningkatkan kecekapan selain memastikan lebih banyak syarikat mengambil bahagian dan memohon insentif kewangan berkaitan IR4.0.
Kerajaan perlu bertindak segera tingkatkan daya saing PKS - FMM
Thian Lai berkata Belanjawan 2023 yang disemak semula perlu memberi tumpuan kepada bidang berkenaan demi ekonomi negara dan dinamisme perniagaan.
FMM gesa kewujudan 'agensi juara tunggal' mengenai TVET
Kerajaan mesti menyelaraskan latihan dan kelayakan serta membina jenama dan pengiktirafan TVET.