KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan kejadian pertama berlaku pada 4.24 petang tadi menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual antara Stesen KL Sentral dan Pasar Seni serta pasukan teknikal telah berada di lokasi dan kerja-kerja baik pulih selesai pada 5.20 petang.
"Gangguan kedua telah berulang antara Stesen Damai dan Dato' Keramat pada 5.26 petang. Buat masa ini, kakitangan teknikal sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih dan akan memastikan operasi kembali normal pada kadar segera," katanya.
Bagi mengurangkan kesesakan di stesen, perkhidmatan bas perantara percuma disediakan antara Stesen KLCC, Ampang Park, Damai, Dato' Keramat, Jelatek dan Setiawangsa.
Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan serta melayari media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan status perkhidmatan terkini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023
Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Pakar
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata peralihan kepimpinan utama Singapura kepada Perdana Menteri yang tidak datang dari keluarga Lee dijangka tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran republik itu. Jelasnya, Singapura mempunyai sistem peralihan kepimpinan yang sistematik dan konsisten.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi
Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas kerja-kerja baik pulih akibat gangguan suis pada landasan selesai pada jam 6.42 petang tadi.
Gangguan suis jejas jadual perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya
Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali pulih
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan teknikal petang tadi telah kembali pulih.
LRT bertembung: Laporan siasatan siap, akan dibawa ke Kabinet esok - Wee Ka Siong
Laporan dibuat secara profesional, komprehensif dalam perinciannya dan dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari
LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi
ACP Mohamad Zainal minta orang ramai beri ruang kepada pasukan panel penyiasat khas menjalankan siasatan secara menyeluruh.
LRT bertembung: Anggota bomba alami kesukaran keluarkan mangsa
Pasukan Bomba dan Penyelamat mengalami kesukaran ketika mengeluarkan mangsa kejadian tren bertembung berhampiran Stesen KLCC pada Isnin.
LRT bertembung: PM arah siasatan penuh, ambil tindakan tegas segera
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau memandang serius kejadian ini serta mendesak supaya tindakan tegas diambil dengan segera.
Lelaki berkelakuan tak senonoh dalam tren direman tiga hari
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan tahanan berkenaan.
LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata menghukum bukanlah satu-satunya cara menyelesaikan masalah itu.