awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GDRN, NADMA terus salur bantuan kepada mangsa banjir

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
29/11/2017
21:42 MYT
GDRN, NADMA terus salur bantuan kepada mangsa banjir
NADMA akan mengenal pasti tempat yang masih belum menerima bantuan agar keperluan asas mangsa banjir dapat disalurkan. -BERNAMA
Jaringan Bantuan Bencana (GDRN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan bekerja rapat dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan buat mangsa-mangsa banjir sekiranya situasi bencana semakin meruncing.
Menurut Ketua Sekretariat GDRN, Izad Ismail, pihaknya akan menghantar bantuan terutamanya ke lokasi yang belum menerima sebarang bantuan.
“NADMA akan mengenal pasti tempat yang masih belum menerima bantuan agar keperluan asas mangsa banjir dapat disalurkan.
“Mereka selalunya kekurangan keperluan asas seperti berus gigi, selimut, bantal dan selipar apabila terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementra (PPS).
“Selain daripada NADMA, kami juga akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk terus memberi bantuan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata semua agensi pengurusan bencana kini telah bersiap siaga sepenuhnya untuk berdepan gelombang kedua bencana banjir yang semakin meruncing terutama di negeri Pantai Timur.
BACA: Jumlah mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000 BACA: Banjir: Shahidan Kassim lawat mangsa di Besut
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir kelantan
#banjir terengganu
#bantuan
#GDRN
#Jaringan Bantuan Bencana
#mangsa banjir
#NADMA
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan