KUALA LUMPUR: Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Sebaliknya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pengguguran itu dibuat kerana teguran dan pendirian Pejabat Peguam Negara berhubung isu Perlembagaan yang menyebabkan kerajaan bertindak sedemikian.
"Kita mahu GEG itu, namun ketika dibangkitkan dalam kamar (Pejabat) AG, persoalan isu Perlembagaan telah menjadi besar, itu sebab kerajaan menambil sikap tidak bawa GEG bersekali dalam akta tersebut.
"...hanya itu, tidak ada kena mengena dengan pelobi, tidak ada kena mengena dengan apa-apa pun yang dianggap dan ditanggap persepi di luar sana," katanya ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) di Dewan Rakyat hari ini mahukan penjelasan kerajaan mengenai pengguguran peruntukan GEG dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.
Menjawab satu lagi soalan tambahan Syed Saddiq mengenai garis masa pelaksanaan peraturan baharu terhadap industri vape dan bahan-bahan terlarang seperti nikotin, Dzulkefly berharap ia dapat dilaksanakan pada Jun tahun ini.
"Kita akan usahakan dan pasukan sedang bekerja keras untuk menyelesaikannya lebih awal berbanding tarikh akhir," katanya.
Berhubung pelan untuk mengawal selia industri vape dan bahan terlarang, Dzulkefly berkata kawalan terperinci meliputi pendaftaran, penjualan dan pembungkusan produk itu telah dirangka dalam peraturan yang dijangka dikuatkuasakan serentak dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, yang telah diluluskan bulan lepas namun belum berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Dr Dzulkefly menegaskan pengguguran itu dibuat kerana teguran dan pendirian Pejabat Peguam Negara berhubung isu Perlembagaan yang menyebabkan kerajaan bertindak sedemikian. - Foto Bernama
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
GEG: Pengguguran dari akta kawal rokok tiada kaitan tindakan pelobi industri
Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape.
GEG: CAP minta kerajaan tubuh RCI siasat pemain industri tembakau, vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang minta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pengaruh wakil industri tembakau dan vape.
Pakar lihat Undang-Undang Kawalan Produk Merokok langkah pertama ke arah GEG
Rang undang-undang itu kritikal dalam mengawal selia produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau, terutama bagi menangani penggunaan rokok elektronik atau vap.
Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
RUU GEG baharu hanya larang jualan produk tembakau kepada golongan 'belum dewasa'
Tiada lagi klausa - Larangan penjualan bahan merokok dan sebagainya, kepada orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.
CAP gesa pembentangan RUU GEG disegerakan
Pegawai Pendidikan dan Aktivis Anti Merokok CAP N. V. Subbarow berkata pihaknya juga berharap semua ahli parlimen tidak memberikan alasan untuk tidak menyokong RUU itu.
Luluskan RUU GEG segera: Lindungi remaja dan kanak-kanak dari ketagihan vape
Sebarang tindakan melengahkan atau menangguhkan RUU ini akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan yang nyata.
Kerugian sumbangan KDNK RM346 juta pada 2040 jika dasar GEG dilaksana - Oxford Economics
Dasar Generasi Penamat (GEG) dijangka mengakibatkan kerugian sehingga RM346 juta kepada KDNK negara menjelang 2040 sekiranya dilaksanakan.
GEG: KKM kaji kawalan penggunaan rokok, vape serentak
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji cadangan supaya kawalan penggunaan rokok dan rokok elektronik dijalankan secara serentak melalui dasar Generasi Penamat (GEG).
45 persatuan pemilik kedai kopi tolak pembentangan GEG
Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura dan 44 persatuan gabungannya merayu Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan semula pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG).