MARANG: GiatMARA akan melaksanakan proses penilaian semula kursus di pusat latihannya bagi memastikan ia kekal relevan dan sesuai dengan kehendak pasaran kerja semasa.
Pengerusinya Datuk Din Adam berkata langkah itu termasuk dalam pelan 'meremajakan' GiatMARA agar menjadi pusat latihan teknikal dan vokasional berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran kerja dengan membekalkan tenaga kerja mahir serta bakal usahawan berdaya saing.
"Meremajakan ini bermaksud kita perlu melakukan perubahan pada program latihan itu sendiri yang berpandukan kepada kehendak atau permintaan pasaran kerja semasa.
"Saya dah minta pihak berkaitan buat kajian dan perbincangan untuk tengok kursus latihan yang ada dan nilai semula untuk penambahbaikan atau perubahan," katanya ketika ditemui pada lawatan kerja di Pusat Latihan Kemahiran GiatMARA Marang di sini hari ini.
Terdahulu, beliau yang diiringi Pengarah GiatMARA Terengganu Majid Ahmad, turut melawat Pusat Latihan Kemahiran GiatMARA Kuala Telemong di Hulu Terengganu.
Din berkata beliau juga meminta GiatMARA negeri agar mengenal pasti corak permintaan pasaran kerja di kawasan masing-masing untuk disesuaikan dengan kursus atau latihan yang boleh ditawarkan.
Sebagai contoh, beliau berkata kewujudan industri minyak dan gas di Terengganu perlu dimanfaatkan bagi memperbanyakkan penawaran kursus atau latihan berkaitan industri berkenaan di 10 pusat latihan di negeri itu.
"Saya faham kalau hendak buat kursus yang khusus kepada industri minyak dan gas akan makan belanja sangat besar kerana perlu pelbagai kepakaran, instrumen dan sebagainya.
"Tetapi kita cuba fokus kepada benda saling berkaitan seperti servis sampingan kepada industri berkenaan," katanya.
Sebagai institusi latihan bersifat mesra komuniti, Din mahu GiatMARA menjalin hubungan lebih rapat dengan masyarakat setempat melalui penganjuran pelbagai aktiviti seperti Hari Komuniti Bersama GiatMARA.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
Pengerusi GiatMara Datuk Din Adam (dua, kiri) beramah mesra bersama pelatih bidang automotif ketika membuat lawatan di Pusat GiatMARA Marang hari ini. - Foto BERNAMA
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu ambil kira aspek perundangan, implikasi kewangan - Kesuma
Aspek perundangan merangkumi akta baharu, mekanisme kilanan dan implikasi kewangan antara perkara yang perlu diambil kira dalam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig demi menjaga kebajikan golong
Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook
Lelaki itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Lebih 700,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat sesi persekolahan 2024
Kementerian Kesihatan akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan sebelum tamat sesi persekolahan 2024 pada Februari 2025,
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Bencana industri: Pulau Pinang lulus penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana
Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana bagi bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bencana industri.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Maszlee Malik dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
Jawatankuasa Penasihat ini ditubuhkan bagi memastikan Mara Corp berperanan sepertimana yang dihasratkan.
1,281 sekolah tahfiz akan dibaik pulih oleh GiatMara
669 daripada 1,281 sekolah tahfiz akan diperiksa, dibaik pulih dan mendapat penyeggaraan teknikal elektrik oleh pasukan teknikal GiatMara untuk tahun ini.