SHAH ALAM: Ibu bapa golongan berpendapatan tinggi (T20) sanggup menghantar anak masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk mengajar tentang kesukaran hidup.
Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof berkata, institusi pendidikan itu dilihat sebagai tempat sesuai bagi anak mereka bergaul dengan pelajar lain daripada pelbagai latar belakang.
“Di sekolah swasta, kos pembelajaran sampai RM3,000 sebulan.
"Kalau mereka (ibu bapa T20) mampu untuk hantar anak ke sekolah swasta, kenapa mahu berebut masukan ke MRSM?
“Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah.
“MRSM kononnya menjadi tempat terbaik untuk anak mereka berkawan dengan golongan B40,” katanya dalam Wacana Sinar edisi 426 bertajuk ‘MRSM untuk B40 sahaja?’ pada Selasa.
Program dihoskan Ismail Adnan itu turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan bekas guru MRSM, Nur Aziera Mohd Ramli yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.
Sementara itu, Mohd Fadzil turut mencadangkan golongan T20 membayar kos pembelajaran di MRSM berbanding menubuhkan sekolah swasta di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Katanya, banyak proses yang perlu dilalui sekiranya ingin memulakan perniagaan dan kemungkinan sekolah swasta tersebut tidak dinamakan MRSM.
“Kita ada had dan kekangan tertentu yang membataskan corak perniagaan yang macam mana.
“Kita boleh melaksanakan kemasukan berbayar, berbeza dengan sekolah berbayar," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 02 2024
Mohd Fadzil ketika Wacana Sinar edisi 426 bertajuk ‘MRSM untuk B40 sahaja?’ pada Selasa. - Gambar Sinar Harian
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid
Pasar raya seluruh negara diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh pasar raya KK Mart.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
Golongan T20 hantar anak ke MRSM untuk belajar erti kesusahan
-Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah."
Tiada amalan kabel, mesti lulus UKKM untuk ke MRSM - Asyraf Wajdi
MRSM tidak berkompromi dengan sebarang rayuan atau 'amalan kabel' untuk menempatkan pelajar yang gagal ujian berkenaan bagi menjamin kualiti produk MRSM.
Tiada pelajar MRSM alami gejala keracunan makanan - Mara
Mara memaklumkan tiada pelajarnya mengalami gejala keracunan makanan setakat ini seperti yang didakwa berlaku di sebuah MRSM.
Peruntukan RM50 juta untuk selenggara Institusi Pendidikan Mara - TPM
Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk projek naik taraf dan baik pulih Institut Pendidikan MARA (IPMA) tahun ini, dengan separuh daripadanya untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Isu mewujudkan MRSM berbayar jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cadangan mewujudkan MRSM berbayar dan kos perbelanjaan jemaah haji akan jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.