LONDON: Greta Thunberg akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Westminster London pada Rabu atas dakwaan menjejaskan ketenteraman awam semasa melakukan protes di London, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Wanita berusia 20 tahun itu yang ditahan berhampiran Hotel InterContinental di Mayfair di tengah London pada 17 Okt ketika membuat bantahan semasa berlangsungnya Energy Intelligence Forum.
Thunberg akan dibicara di Mahkamah Majistret Westminster di London atas pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Ketenteraman Awam 1986, kerana gagal meninggalkan lebuh raya dan meneruskan bantahan.
Thunberg yang diikat jamin selepas didakwa, kemudiannya menyertai protes lain membabitkan iklim di London anjuran Fossil Free London - di luar JP Morgan di Canary Wharf pada 19 Okt, dan di luar Guildhall London pada Isnin.
Kumpulan itu membantah penggunaan berterusan bahan api fosil oleh syarikat minyak dan gas utama, manakala protes terbaru membabitkan kelulusan kerajaan UK untuk menggerudi medan minyak Rosebank.
Thunberg akan hadir bersama 10 aktivis lain yang kesemuanya didakwa atas kesalahan yang sama.
Aktivis Greenpeace dan Fosil Free London dijangka berdemonstrasi di luar mahkamah sebelum perbicaraan.
Thunberg dari Stockholm, Sweden, aktif menyertai kempen alam sekitar sejak berumur 15 tahun. Dia didenda oleh mahkamah Sweden pada Julai kerana menghentikan lalu lintas semasa protes alam sekitar di sebuah kemudahan minyak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Thunberg ditahan berhampiran Hotel InterContinental di Mayfair di tengah London pada 17 Okt ketika membuat bantahan semasa berlangsungnya Energy Intelligence Forum. - Gambar/ Reuters
Jumlah sukarelawan di Tanah Suci dipertingkat
Pihak Berkuasa Am Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan hasrat meningkatkan secara program sukarelawan mereka. Ini melibatkan 130,000 jam sukarelawan sepanjang musim Haji ini, sekaligus mencerminkan komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa bagi jemaah dan mencipta pengalaman yang benar-benar berharga bagi semua.
TH komited tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej
Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberikan komitmen penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) untuk menangani isu jemaah haji terkandas dan membanteras penipuan pakej haji.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
'Duit ini betul atau tidak, peniaga tak nak terima'
Gara-gara wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara baharu, seorang peniaga kedai didakwa menolak untuk menerima duit tersebut daripada pelanggan untuk tujuan urusan jual beli di daerah ini.
Berat melangkah tinggalkan suami, demi seruan Ilahi, wanita ini gagahi jua!
kuti perkongsian Wartawan Kanan Utusan Malaysia Nur Aslinda Mohd Nasir yang bersama delegasi Media Malaysia ke Mekah atas jemputan Kementerian Media Arab Saudi sempena musim Haji 1445 Hijiriah.
Denda tinggi menanti individu yang salah guna visa
Ketua Pengarah Keselamatan Awam Arab Saudi baru-baru ini mengeluarkan peringatan ini selepas mendapati lebih 65,000 pelawat melanggar peraturan Haji dengan mencuba menunaikan ibadah tersebut menggunakan visa yang tidak sah.
Pihak Berkuasa Masjidil Haram komited wujudkan persekitaran mesra, informatif
Pihak Berkuasa Umum untuk Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah memperkenalkan beberapa perkhidmatan baru yang direka untuk meningkatkan pengalaman para pelawat yang menunaikan ibadah Umrah atau Haji.
Nahas rombongan guru: KPM tunggu laporan penuh punca kemalangan - Menteri
Kementerian Pendidikan juga akan memastikan kebajikan semua mangsa terlibat diberi keutamaan.
KBS bentang kajian impak Sukan SEA 2027 sebelum Paris 2024 - Hannah
KBS bakal membentangkan kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027 kepada Kabinet sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bermula 26 Julai ini.
Arab Saudi ambil tindakan ke atas lebih 300,000 jemaah tanpa permit haji
Pengurusan jemaah menjadi tumpuan utama Arab Saudi setiap kali musim haji dengan menurut statistik rasmi tahun lalu, lebih 1.8 juta umat Islam dari seluruh dunia mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Greta Thunberg akan didakwa di mahkamah UK
Greta Thunberg akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Westminster London pada Rabu atas dakwaan menjejaskan ketenteraman awam semasa melakukan protes di London, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Perubahan iklim: Belia Malaysia perlu teladani Greta Thunberg
Penulis berada di Stockholm untuk menghadiri bengkel 'Green Recovery and Just Transition' anjuran Internews Earth Journalism Network.
Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman
Aktivis alam sekitar dan iklim itu telah dibebaskan selepas pemeriksaan identiti oleh polis.
COP26: Greta Thunberg tiba di Glasgow melalui kereta api
Ketibaan remaja berusia 18 tahun itu di Stesen Kereta Api Glasgow disambut sekumpulan media.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Youth4Climate: '30 tahun bla bla bla' - Greta Thunberg sindir omong kosong pemimpin dunia
Aktivis berusia 18 dari Sweden itu mendakwa banyak yang telah dijanjikan namun tiada usaha ketara dilakukan untuk mengatasi pemanasan global sejak hampir tiga dekad.
"Donald harus tangani isu baran, sila bertenang" - Greta Thunberg
Aktivis Alam Sekitar, Greta Thunberg meminta Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bertenang dan menangani sifat barannya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.