ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 29 September 2021.

1. Loceng terakhir sudah berbunyi, Pacquiao umum bersara, mahu fokus pemilihan Presiden Filipina

Selepas menempuhi karier yang berjaya - gelaran dunia dalam lapan kategori berbeza - akhirnya Pacquiao mengumumkan persaraannya pada Rabu.

2. Lebih 30 negara gesa agihan vaksin secara adil - Wakil tetap China ke PBB

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Chen Xu yang mewakili lebih 30 negara membangun termasuk Rusia, Indonesia, Pakistan, Mesir, Mexico dan Afrika Selatan menyeru agar pengagihan vaksin dilaksanakan secara adil di seluruh dunia.

3. Ekonomi AS | Yellen: Perbendaharaan akan habis sumber Oktober ni

Perbendaharaan Amerika dijangka menghabiskan semua langkah yang boleh diambil untuk membiayai kerajaan negara itu pada 18 Oktober. Ia juga akan kehabisan tunai melainkan Kongres meluluskan peningkatan had hutang di negara ekonomi terbesar dunia itu.

4. Gangguan Tenaga | Aktiviti kilang di China dijangka terganggu

Kilang dan kediaman di China berdepan pemotongan bekalan elektrik sekali gus dijangka mengganggu pengeluaran barangan yang dibuat di beberapa bandar di negara itu.

5. Rusuhan di penjara Ecuador ragut 24 nyawa

Satu rusuhan berlaku di sebuah penjara di bandar Guayaquil, Ecuador pada Selasa mengorbankan 24 banduan manakala 48 yang lain cedera.

6. Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik baharu

Korea Utara pada Selasa menguji peluru berpandu hipersonik baharu dikenali Hwasong-8. Akademi Sains Pertahanan Korea Utara menjalankan ujian itu dari Toyang-ri, Kaunti Ryongrim, Provinsi Jagang.

7. Singapura lapor lebih 2,000 kes baharu COVID-19, lima kematian pada 28 September

Singapura pada Selasa (28 September) melaporkan 2,236 kes baharu COVID-19, buat pertama kali melepasi angka 2,000 sejak wabak itu bermula tahun lalu.

8. Lahar Cumbre Vieja mengalir ke lautan Atlantik, dibimbangi hasilkan gas beracun

Lahar gunung berapi Cumbre Vieja yang meletus di kepulauan La Palma, Sepanyol dilapor mengalir ke Lautan Atlantik. Timbul kebimbangan dalam kalangan pakar berhubung pelepasan gas toksik dan letupan ketika wap putih berkepul naik apabila lahar mengalir ke laut di kawasan Playa Nueva.

9. Youth4Climate: '30 tahun bla bla bla' - Greta Thunberg sindir omong kosong pemimpin dunia

Aktivis alam sekitar Greta Thunberg menggunakan peluang berucap di pentas dunia untuk menyindir pemimpin dunia berhubung tindakan menangani pemanasan global.

10. China mahu selebriti tempatan henti bersolek melampau, perlu tonjolkan bakat sebenar

Selebriti lelaki menyolek wajah hingga keterlaluan, dan golongan artis wanita pula sengaja menghilangkan identiti muka sendiri.