awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GRS digesa segerakan sidang DUN Sabah, teruskan Agenda Reformasi Wanita

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2021
05:57 MYT
GRS digesa segerakan sidang DUN Sabah, teruskan Agenda Reformasi Wanita
Jelas Jannie, antara tiga agenda penting pembaharuan bagi wanita yang telah dimulakan kerajaan Warisan Plus ialah menamatkan perkahwinan bawah 18 tahun. - Foto Facebook.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) secepat mungkin.
Gesaan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.
Jelas Ketua Wanita DAP Sabah itu, sidang DUN Sabah perlu disegerakan supaya Agenda Reformasi Wanita yang dimulakan oleh kerajaan Warisan Plus dapat terus diperjuangkan.
"Kerajaan GRS perlu mengadakan sidang DUN secepat mungkin supaya dasar-dasar penting termasuk Agenda Reformasi Wanita untuk Sabah dapat ditetapkan, seperti yang dilakukan setiap tahun semasa pembukaan DUN,” ujarnya.
Jelas Jannie, antara tiga agenda penting pembaharuan bagi wanita yang telah dimulakan kerajaan Warisan Plus ialah menamatkan perkahwinan bawah 18 tahun.
“Kerajaan Warisan Plus telah menerima-pakai dasar untuk menetapkan 18 tahun sebagai umur minimum perkahwinan pada Oktober 2018.
“Rancangan 10 Tahun untuk Menamatkan Perkahwinan Bawah 18 Tahun juga digubal yang melibatkan pindaan undang-undang kepada Enakmen Mahkamah Anak Negeri dan Syariah, dan beberapa aktiviti yang diselaraskan oleh pelbagai pihak berkenaan,” tambahnya lagi.
Dua lagi fokus utama Agenda Reformasi Wanita yang diperjuangkan Warisan Plus ialah advokasi dan pemerkasaan untuk mencapai kuota 30% wanita di semua peringkat dan peningkatan sokongan kebajikan untuk wanita.
“Pada 2019, Kerajaan Sabah menetapkan kuota 20% wanita sebagai pembuat keputusan.
“Sejak itu, terdapat banyak usaha berterusan oleh wanita DAP dengan kerjasama NGO untuk menetapkan kuota itu kepada 30% selaras dengan piawaian kebangsaan dan antarabangsa,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Sabah
#DAP
#GRS
#Warisan
#ADUN
#wanita
#Agenda Reformasi Wanita
#ADUN Kapayan
#Jannie Lasimbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan