Hak pengguna akan lebih terjamin dengan penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia yang mana pengguna boleh terus membuat aduan kepada suruhanjaya berhubung masalah berkaitan perkhidmatan penerbangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata antara aduan yang boleh dikemukakan ialah pengenai caj-caj yang tidak wajar dan membebankan pengguna.
"Suruhanjaya juga akan menggubal peraturan-peraturan berkaitan perlindungan pengguna termasuk jenis pampasan yang perlu dibayar kepada pengadu sekiranya aduan tersebut didapati berlaku dan berasas," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 di Dewan Negara, pada Rabu.
Suruhanjaya itu juga akan memantau kos-kos tersembunyi khususnya yang dikenakan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah, katanya.
Terdahulu senator K. Bathmavathi semasa perbahasannya berkata dua penumpang berkerusi roda yang menaiki sebuah pesawat penerbangan tambang murah tahun lepas dikenakan caj RM60 setiap seorang kerana membawa kerusi roda sendiri semasa daftar masuk, sedangkan ia sepatutnya percuma.
Abdul Wahid berkata aduan itu akan disiasat Kementerian Pengangkutan dan dimaklumkan kepada syarikat penerbangan itu untuk tindakan lanjut.
Beliau turut menarik perhatian bahawa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia akan dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Pengangkutan, bukan Jabatan Perdana Menteri.
"Saya ingin memperjelaskan sekali lagi suruhanjaya ini ditetapkan di bawah kelolaan Menteri Pengangkutan. Ia bukan di bawah Perdana Menteri. Berbeza dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) , menteri bertanggungjawab ialah Perdana Menteri," katanya.
Keanggotaan suruhanjaya itu terdiri daripada Pengerusi Eksekutif yang dilantik Perdana Menteri, dua wakil Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri selain empat hingga enam anggota lain yang mempunyai pengalaman sesuai.
Dalam pada itu Abdul Wahid turut bersetuju dengan saranan beberapa senator supaya Malaysia Airlines (MAS) lebih menonjolkan identiti Malaysia dalam perkhidmatannya.
Antara cadangan itu ialah menghidangkan lebih banyak buah-buahan tempatan dan produk makanan keluaran perusahaan kecil dan sederhana selain penayangan filem-filem tempatan yang disertai sarikata, khususnya untuk tontonan penumpang warga asing.
Abdul Wahid berkata MAS daripada semasa ke semasa akan memperbaiki perkhidmatannya dalam pelbagai aspek, namun ia memerlukan sokongan pelbagai pihak supaya proses pemulihan MAS juga dapat disegerakan.
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, antara lain bertujuan mewujudkan suruhanjaya itu yang bersifat bebas dan berperanan mengawal selia aspek ekonomi industri penerbangan negara bagi menggalakkan industri penerbangan supaya lebih efisyen, berdaya saing dan menyediakan persekitaran pasaran yang kompetitif.
Ia juga berperanan melindungi hak pengguna termasuk memastikan mereka mempunyai pilihan terhadap perkhidmatan penerbangan berkualiti serta pada harga yang kompetitif.
Rang undang-undang itu kemudian diluluskan.
Turut diluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015, Rang Undang-undang Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015.
Persidangan dewan disambung hari ini.
Bernama
Thu Apr 23 2015
ABDUL WAHID: Hak pengguna akan lebih terjamin dengan penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia. - Gambar Fail
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
KOM memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri ke SUKMA atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Selamatkan Gaza: Gaza semakin hari semakin memburuk
Peperangan di Gaza semakin hari semakin memburuk. Setakat ini dilaporkan lebih 37 ribu warga Gaza telah terkorban kerana serangan demi serangan daripada rejim Zionis.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.
116 aduan internet oleh Ahli Parlimen akan diambil tindakan - Fahmi
Fahmi merakamkan penghargaan buat kesemua Ahli Parlimen yang memberi kerjasama penuh dengan kementerian.
Orang ramai tidak digalak guna media sosial untuk salur aduan berkaitan bekalan - Fuziah
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan media sosial untuk membuat aduan berkaitan bekalan barangan keperluan.
Buat aduan buli secara terus di reruai KPM
Petugas di reruai akan menunjukkan cara untuk membuat aduan berkenaan kepada pengadu.
Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN
Polis Kedah menerima 306 laporan berkaitan pelbagai jenis aduan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 28 Julai hingga 13 Ogos lepas.