GAZA: Kumpulan pejuang Hamas menangguhkan pusingan kedua pembebasan tahanan sehingga Israel komited untuk membenarkan trak bantuan memasuki utara Gaza.
Briged Al-Qassam Hamas menambah bahawa Israel tidak mematuhi syarat yang dipersetujui dalam membebaskan tahanan Palestin.
Dalam kenyataan balas, jurucakap tentera Israel menegaskan bahawa rejim Zionis menghormati sepenuhnya gencatan senjata itu.
Bagaimanapun wakil Hamas di Lubnan Osama Hamdan memberitahu bahawa penggantungan itu disebabkan pelanggaran gencatan senjata yang dilakukan oleh Israel yang dikaitkan dengan bantuan yang memasuki Gaza.
"Kami mengesahkan komitmen kami melaksanakan dan menjayakan perjanjian yang diusahakan pengantara dari Qatar dan Mesir, selagi musuh juga komited terhadap pelaksanaannya.
"Kami mengesahkan Israel sehingga kini tidak mematuhi terma dam perjanjian gencatan senjata, sama ada dengan mencabuli dan menembak ke arah trak bantuan yang sepatutya tiba di utara Gaza.
"Mereka juga memanipulasi nama dan kriteria pembebasan tahanan, termasuk wanita dan kanak-kanak. Ini meletakkan perjanjian dalam risiko dan kami meminta supaya pengantara meneliti semula pencabulan ini," katanya.
Osama memebritahu sejumlah 340 trak bantuan memasuki Gaza sejak jumaat dan daripada jumlah itu 65 trak sudah tiba di utara wilayah berkenaan.
Jumlah ini bagaimanapun hanya mewakili separuh daripada apa yang dipersetujui Israel sebelum ini.
Sementara itu, jurucakap tentera Israel Daniel Hagari dalam reaksi kepada pengumuman Hamas memaklumkan pembebasan kumpulan kedua tahanan sedang dipercepat.
Ini selepas pengantara dari Qatar dan Mesir campur tangan menyelesaikan isu yang dibangkitkan pejuang Hamas.
Beliau juga sahkan puluhan trak bantuan dari Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kini menuju ke utara dan selatan Gaza.
"Usaha membebaskan tahanan adalah kewajipan moral dan etika kami. Kami komited untuk memenuhi kewajipan ini dalam apa jua cara sekalipun.
"Usaha ini sedang dijalankan dan kami akan memaklumkan kepada keluarga serta orang awam bila ia akan dilaksanakan. Kami perlu bersabar dan perkara in akan dimaklumkan," katanya.
Astro Awani
Sat Nov 25 2023
Kumpulan media dan orang ramai berkumpul di Rafah bagi menunggu pembebasan tahanan oleh kumpulan pejuang Hamas. - Foto REUTERS
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
COVID-19: Kluster Benteng LD catat empat lagi kes - Dr Noor Hisham
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia melibatkan kes baharu di Lahad Datu.
Permohonan jaminan dua tahanan LTTE didengar 11 Disember
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 Disember ini sebagai tarikh mendengar permohonan jaminan bagi dua tahanan dikaitkan dengan Kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Tahanan LTTE rai Deepavali bersama keluarga
Kesemua 12 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE rai hari kebesaran penganut agama Hindu itu bersama keluarga di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
Tahanan mati selepas tidak sedarkan diri dalam lokap
Hassan Salip, 46, ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3.45 petang oleh anggota polis yang ditugas membawa tahanan itu ke Penjara Tapah.
Satu lagi kes kematian dalam tahanan berlaku semalam - V. Sivakumar
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar, kes terbaru membabitkan seorang lelaki berketurunan Cina berusia 26 tahun.
Kabinet setuju tubuh Mahkamah Koroner tetap - Zahid
Kabinet bersetuju menubuhkan sebuah Mahkamah Koroner tetap dan lokap pusat di setiap negeri bagi menangani kes kematian dalam lokap.
Remaja dijadikan tebusan empat jam oleh tahanan lalui saat cemas
Seorang remaja yang dijadikan tebusan oleh salah seorang tahanan yang lolos dalam kejadian Isnin lepas melalui detik cemas selama empat jam ketika 'bersama' dengan lelaki itu.
Tiga banduan yang ditahan semula direman 7 hari
Tiga tahanan yang ditahan semula selepas meloloskan diri dari polis Isnin lalu, hari ini ditahan reman tujuh hari.
Polis tahan seorang lagi tahanan, dua masih diburu
Polis Pulau Pinang menahan seorang lagi tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dalam sebuah kafe internet di Berapit, Bukit Mertajam awal Ahad.
Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis
Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis pada malam tadi dan awal pagi ini.