PUTRAJAYA: Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof berkata penetapan harga itu berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia (CPO).
"Penetapan harga ini adalah hasil kerjasama daripada pihak industri minyak masak yang telah bersetuju untuk mengekalkan harga maksimum Disember 2022 sama dengan November 2022 walaupun harga purata CPO sepanjang November mencatatkan peningkatan berbanding Oktober," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman berkata mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Beliau berkata KPDNHEP menyeru masyarakat pengguna terus berhemah dalam pembelian, mengutamakan yang perlu dan merancang setiap pembelian.
Pengguna juga digalakkan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan ketidakpatuhan undang-undang membabitkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen di pasaran melalui WhatsApp ke 019-2794317 atau 019-8488000, portal e-aduan di https://eaduan.kpdnhep.gov.my, call centre 1-800-886-800, e-mel [email protected], aplikasi Ez ADU KPDNHEP dan pusat arahan penguatkuasaan (ECC) di 03-88826088/6245.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022
Penetapan harga itu berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia (CPO). - Gambar hiasan
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
Kerajaan cadang laksana 'harga dua peringkat', kawal harga minyak masak
Kementerian dalam proses rundingan dengan mengadakan libat urus bersama pemain industri berkenaan sebelum cadangan itu dibawa ke peringkat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara.
Harga runcit minyak sawit tulen kemasan botol kekal - Salahuddin
Harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg pada harga RM30.90.
Harga maksimum minyak masak botol kekal
Harga runcit maksimum minyak masak tulen kemasan botol bagi tempoh 8 Januari hingga 7 Februari depan kekal pada RM6.90 sekilogram.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.
Pengeluar 'liat' turunkan harga, kerajaan tetapkan harga maksimum minyak masak botol - Annuar
Annuar berkata, penjual minyak masak berbotol masih liat untuk menurunkan harga, biarpun harga minyak sawit telah turun.
Polis siasat Setiausaha Politik ADUN pembangkang Perak
Polis telah merakam percakapan seorang Setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada sebuah parti pembangkang di Perak berhubung sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya
Harga minyak masak botol dijangka turun dalam masa terdekat - Nanta
Harga minyak masak botol dijangka akan turun dalam masa terdekat selari dengan penurunan harga minyak masak mentah dari RM7,000 per tan metrik kepada RM3,600 per metrik tan minggu ini.
Pengilang diminta turunkan harga minyak botol 5 kg sekurang-kurangnya 10 peratus - Annuar
Annuar berkata, penurunan itu harus dilakukan memandangkan harga minyak kelapa sawit juga telah mencatatkan penurunan.
Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun dua minggu lagi - Annuar
Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Harga minyak masak diturunkan secara berperingkat - Annuar
Penurunan secara berperingkat merupakan langkah segera yang disaran oleh kerajaan untuk menangani masalah minyak masak.