NATIONAL
Harga minyak: Rafizi puji Lim Guan Eng cepat bertindak

Rafizi berkata,penyediaan subsidi membolehkan harga siling ditetapkan pada harga RM2.20, sekaligus memastikan rakyat dapat membuat perancangan lebih awal. - Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana cepat bertindak dalam memastikan penurunan harga minyak RON95.
Melalui catatan terbaharu di akaun Twitternya, Ketua Pegawai Eksekutif firma Invoke Malaysia itu berkata, kaedah sistem apungan harga minyak secara mingguan itu merupakan kaedah yang terbaik kerana rakyat akan mendapat manfaat serta-merta sekiranya harga minyak turun.
Hari ini (Isnin, 24 Dis), Lim, melalui satu kenyataan media mengumumkan bahawa Kerajaan akan kembali menetapkan harga minyak runcit secara mingguan bermula 1 Januari 2019.
Beliau berkata, keputusan itu diambil susulan penurunan harga minyak mentah global secara berterusan sejak kebelakangan ini.
Pada Ahad, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Kerajaan Persekutuan boleh kembali ke formula pengiraan secara mingguan untuk sistem apungan harga minyak seperti zaman Barisan Nasional dahulu, tetapi dengan syarat, mereka harus menyediakan subsidi.
Berdasarkan pengiraannya, Rafizi berkata, kaedah ini akan dapat memastikan, harga RON95 dapat turun sebanyak 20 sen.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami