MALAYSIA
Haziq Aziz ditangkap di KLIA?

Pengesahan berhubung penahanan ini akan diberi oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan media dalam masa terdekat. - Gambar fail
Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang kini dikaitkan dengan video intim, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) di Sepang.
Memetik laporan portal The Malaysian Insight, tangkapan dibuat kira-kira jam 5.30 petang Jumaat.
Pengesahan berhubung penahanan ini akan diberi oleh Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan media dalam masa terdekat.
"Satu kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak Urusetia Ketua Polis Negara dalam masa terdekat ini," menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
Astro AWANI difahamkan kenyataan berhubung penahanan Haziq akan dikeluarkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami