NATIONAL
Haziq dipecat Selasa lalu

Kementerian Industri Utama menegaskan tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz selepas kontrak perkhidmatannya ditamatkan pada Selasa.
Kementerian Industri Utama menegaskan tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz selepas kontrak perkhidmatannya ditamatkan pada Selasa lalu.
Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama itu telah diberikan surat tunjuk sebab dengan serta-merta sebelum lelaki berkenaan menjawabnya.
“Surat tunjuk sebab telah diberikan dengan serta-merta dan Haziq Abdullah telah menjawab.
“Sehubungan itu, kementerian telah mengambil langkah menamatkan kontrak perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 18 Jun 2019,” kata kementerian itu dalam kenyataan yang diedarkan.

Kenyataan media Kementerian Industri Utama
Video intim itu menjadi tular di media sosial sejak minggu lalu.
“Pihak kementerian memandang perkara tersebut sebagai satu pelanggaran nilai, etika danPeraturan-peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak," kata kenyataan itu lagi.
Susulan penyebaran sedutan video intim itu, Haziq muncul membuat pengakuan terbuka mendakwa dia telah menjalin hubungan songsang itu.
Bagaimanapun jelasnya, video berkenaan diambil tanpa kebenarannya.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam reaksinya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Haziq yang mengaitkannya dengan video intim itu,
Kata Azmin, dakwaan itu merupakan rancangan berniat jahat untuk merosakkan nama baik dan karakter beliau untuk merosakkan karier politiknya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami