KANGAR: Sebanyak 1,174 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Perlis sejak awal Januari hingga semalam, kata Pengarah Kesihatan negeri Dr Sirajuddin Hashim.
Beliau berkata bagi minggu epid (ME) ke-22 iaitu dari 29 Jun hingga hari ini, negeri itu merekodkan 238 kes dengan tiga lokaliti wabak dikenal pasti masih aktif melibatkan dua taska dan satu tabika.
"Secara umumnya HFMD di Perlis masih tinggi namun dalam keadaan terkawal, jadi masyarakat tidak perlu bimbang kerana apa yang penting patuh kepada nasihat kesihatan yang kami keluarkan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Mychampion Peringkat Negeri Perlis di Auditorium Datuk Dr Syed Mahmood Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) di sini, hari ini.
Dr Sirajuddin berkata pihaknya juga telah bekerjasama dengan pengusaha taska dan tabika bagi memberi nasihat berhubung kaedah pencegahan wabak berkenaan.
"Mereka disaran menjalankan saringan kepada anak-anak yang dibawa ke taska atau tabika sebagai langkah pencegahan di samping sentiasa memastikan penjagaan kebersihan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata buat masa ini Perlis tidak menghadapi sebarang masalah berhubung kekurangan bekalan ubat di hospital, klinik kesihatan atau farmasi susulan daripada penularan wabak HFMD.
"Tidak wujud sebarang pembelian panik membabitkan ubat-ubatan seperti ubat demam, selesema serta alahan dan bekalan di negeri ini juga mencukupi," katanya.
Mengulas mengenai program Mychampion Peringkat Negeri Perlis, Dr Sirajuddin berkata JKNPs amat menghargai penglibatan sukarelawan yang bergerak aktif di pelbagai kementerian atau agensi bagi bersama-sama menyokong insiatif mempromosikan kesihatan dan pemerkasaan komuniti.
Katanya sukarelawan menerusi insiatif Mychampion akan dilatih dan diperkasa dalam aspek kesihatan merangkumi budaya hidup sihat, amalan norma baharu serta kawalan kesihatan kendiri.
"Sukarelawan merentas agensi ini dapat membantu JKNPs sebagai pemangkin perubahan tingkah laku kesihatan secara bersepadu, terancang dan menyeluruh bagi memastikan aktiviti berkaitan kesihatan dapat dilaksanakan dengan berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Secara umumnya kes HFMD di Perlis masih tinggi namun dalam keadaan terkawal. - Gambar hiasan/ Reuters
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
KOM memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri ke SUKMA atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Selamatkan Gaza: Gaza semakin hari semakin memburuk
Peperangan di Gaza semakin hari semakin memburuk. Setakat ini dilaporkan lebih 37 ribu warga Gaza telah terkorban kerana serangan demi serangan daripada rejim Zionis.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.
Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).
HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham
Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus berbanding ME ke-22, 2022 iaitu 16,954 kes.