awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Agong: Bukit Aman tahan ADUN Sungai Pelek untuk diambil keterangan

Bernama
Bernama
28/10/2020
07:03 MYT
Hina Agong: Bukit Aman tahan ADUN Sungai Pelek untuk diambil keterangan
Polis masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew bagi diambil keterangan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi media sosial.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata ADUN itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi tadi.
"Ronnie Liu ditahan kira-kira 10.40 pagi tadi untuk memberi keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kes memuat naik status di media sosial dilakukannya berkait Yang di-Pertuan Agong.
"Dia akan dibebaskan selepas keterangannya dirakam," katanya kepada Bernama.
Semalam, Bernama melaporkan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed sebagai berkata Liu merupakan antara empat individu yang disiasat berhubung penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi media sosial.
Polis masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#ADUN
#ADUN Sungai Pelek
#Ronnie Liu
#Mior Faridalathrash Wahid
#Ronnie Liu ditahan
#hina Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan