Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengharapkan musim pemilihan Umno Oktober ini tidak dicemari dengan perkara yang tiada asas dalam usaha melahirkan lebih ramai pemimpin muda.

Sebaliknya, usaha parti perlu diperhebatkan lagi bagi melahirkan ramai pemimpin muda yang berkarisma untuk mengisi jawatan di peringkat negeri dan kabinet pada masa depan.

Beliau berkata demikian semasa melakukan kunjungan hormat di kediaman Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron di Seri Bendahara, Ayer Keroh.

Sementara itu, Hishammuddin menganggap tahap keyakinan seseorang yang bertanding adalah perkara biasa rentetan kemenangan calon adalah dari sokongan perwakilan.

Beliau yang berdepan saingan enam penjuru bagi merebut jawatan Naib Presiden berkata, perwakilan berhak memilih pemimpin yang benar-benar layak bagi mengisi jawatan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Idris melahirkan kegembiraan apabila pencabarnya, Baddrul Hissham Abd Aziz, 45, dari cawangan Umno Tok Suboh menarik diri hari ini bagi merebut jawatan ketua bahagian Umno Tangga Batu.

Katanya, keputusan itu jelas memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam merapatkan hubungan mereka yang sebelum ini akrab bersahabat.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.