KUANTAN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memohon semua pihak untuk menghormati dan tidak terlanjur dalam membuat komen termasuk di media sosial berhubung keputusan Lembaga Pengampunan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk membuat sebarang keputusan, selain telah diputuskan dalam beberapa kes sebelum ini bahawa keputusan itu tidak boleh dipersoal di mahkamah.
"Kalau keputusan mahkamah tidak boleh dipersoal, saya mohon kita semua hormat (keputusan pengampunan). Jika kita terlanjur dalam beberapa komen, beberapa tindakan boleh diambil sama ada oleh polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Jadi, jangan sampai berlaku pelanggaran undang-undang, adab, tatasusila dan jangan sentuh isu 3R (agama, bangsa dan raja). Ini peringatan kepada semua. Jika ada mana-mana pihak yang menguji sistem itu, maka tindakan boleh diambil.
"Saya mohon supaya semua (untuk) cakna dan berwaspada (dalam membuat komen). Jangan sehingga tindakan diambil," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melakukan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Goh di sini hari ini.
Turut menyertai ujian itu Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC Bukhari Yahya dan Ketua Pengarang Bernama Nur-ul Afida Kamaludin.
Ditanya penerimaan rakan dan ahli parti terutamanya UMNO memandangkan ada yang berharap bekas Perdana Menteri itu dibebaskan, Fahmi optimis pimpinan parti dalam kerajaan Madani akan bersama-sama menguruskan perkara tersebut dengan baik.
"Kita perlu hadapi perkara ini bersama-sama dan kebersamaan ini pada saya, akan menjadi kekuatan. Isunya adalah kita perlu memberi penjelasan tentang proses dan apa yang boleh dilakukan. Tidak boleh melangkaui batas undang-undang, Perlembagaan dan kita hormat institusi yang telah membuat keputusan," katanya.
Semalam, Lembaga Pengampunan memaklumkan bahawa hukuman penjara terhadap Najib dikurangkan daripada 12 tahun ke enam tahun selain denda berjumlah RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.
Najib, 70, yang meringkuk di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International, telah memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi telah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.
Selain itu, Fahmi juga berharap pimpinan politik, termasuk dari "parti sama dengan beliau" untuk bermuhasabah dan tidak terlalu pantas dalam memberi komen yang boleh mengguris hati sahabat dalam kerajaan Madani, selain boleh membuka peluang kepada pihak yang hendak menangguk di air keruh.
Sebagai contoh, beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang dilapor media beberapa hari lepas, mahu UMNO menukar pemimpinnya, yang disifatkan Fahmi sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili parti.
"Saya ada menghubungi beliau dan memberi teguran keras tentang ini. Beliau tidak patut mengeluarkan kenyataan seperti itu. Jangan jaga kain parti orang lain. Beliau sahabat dan orang yang saya hormati serta mempunyai prinsip tetapi cara beliau tidak membantu.
"Kalau kita buat begitu, ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Bukan tempat saya untuk memberi teguran kepada mana-mana pimpinan atau ahli parti, namun kita mohon kerjasama dari semua dalam kerajaan Madani," katanya.
Fahmi berkata sekiranya terdapat teguran yang hendak dikemukakan, ia perlu dilakukan secara tertib dengan menyampaikannya kepada pimpinan untuk diuruskan dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Fahmi berkata Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk membuat sebarang keputusan. - Gambar fail
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.