KUALA LUMPUR: HRD Corp meneruskan misi memperkasakan pengamal sumber manusia dalam bidang teknologi di tempat kerja melalui Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022, di Pusat Pameran Dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sehingga 30 November.
Acara itu menampilkan lebih 200 pempamer daripada pelbagai industri dan dijangka akan menarik sehingga 5,000 pengunjung.
Lebih 2,300 delegasi akan menghadiri enam trek sesi perbincangan yang dikendalikan 30 penceramah tempatan dan antarabangsa yamg terkemuka.
Antaranya, Presiden Capital A (Ventures), Aireen Omar yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Air Asia; Ketua Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer; Pengasas XYZ@Work, Singapura, Rachele Facordi; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran Global di HSBC, Neeti Mahajan.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahul Dawood berkata, bertemakan HR 5.0, 'Evolusi dalam Pembangunan Sumber Manusia' adalah sejajar dengan nilai teras yang diamalkan untuk menyokong pengamal sumber manusia untuk mengambil pendekatan baharu.
Jelasnya, ia termasuk menerima teknologi baharu, membina kemahiran dan kecekapan kritikal, serta memastikan kesihatan dan kesejahteraan pekerja.
“Tahun ini, kami menukar tema yang berbeza dan mempunyai perbincangan yang sangat mendalam bersama pakar dan beberapa penceramah yang terlibat. Manakala, sorotan utama acara dan pameran ini merangkumi dengan semua pihak berkepentingan, produk dan perkhidmatan,” katanya ketika sidang media selepas perasmian Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 pada Selasa.
Sementara itu, Pengurus Linkedln Malaysia, Rohit Kalsy berkata kerjasama yang dijalinkan ini ialah untuk memacu Malaysia ke arah ekonomi berasaskan kemahiran bagi membantu pekerja meningkatkan kemahiran dan melatih semula dalam talian.
Katanya, terdapat tiga fokus utama dalam kolaborasi berkenaan.
“Bagi segmen pertama, ia adalah mengenai kesedaran, seperti acara pembukaan pada hari ini mengenai bagaimana data Linkedln menunjukkan arah aliran untuk organisasi dan platform profesional. Ini adalah apa yang kami sediakan kepada pihak HRD Corp.
“Manakala, bagi segmen kedua ia adalah mengenai perkongsian pengetahuan dan kerjasama ini sekali gus memberikan orang ramai mengenai kemahiran yang diperlukan menerusi bengkel kemahiran yang disediakan. Akhir sekali, accessibility (ketercapaian) iaitu menyediakan proses pembelajaran bertaraf global kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.
Lebih 18,000 kursus Linkedln ini akan disediakan di platform e-latih HRD Corp pada kadar yang lebih rendah untuk majikan berdaftar.
Di samping itu, ia juga bagi menggalakkan penggunaan levi dalam kalangan majikan dan memberikan pemahaman data Linkedln dalam satu siri bengkel kemahiran bersama di seluruh negara.
Melalui bengkel ini, majikan akan mendapat pencerahan tentang masa depan pekerjaan, trend petempatan dan keperluan kemahiran semasa mengikuti industri.
Selain itu, Linkedln juga akan menawarkan pandangan berkala tentang pengambilan pekerja dan trend pekerjaan di Malaysia, termasuk analisis jurang kemahiran kepada HRD Corp yang akan menyokong pihak HRD Corp dalam membentuk program pembangunan bakatnya.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Tue Nov 29 2022
Pengerusi HRD Corp, Datuk Seri Jamil Salleh, dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood melawat kawasan pameran di NHCCE 2022.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
HRD Corp meterai 13 MoU perluas platform pembelajaran dalam talian e-LATiH
Kolaborasi pertama seumpamanya itu akan membolehkan HRD Corp menyediakan akses kepada 160,000 kursus tambahan melalui platform e-LATiH.
HRD Corp kutip levi RM2.2 bilion, tertinggi sejak penubuhan - Steven Sim
Jumlah kutipan levi itu merupakan rekod terbaik sejak penubuhan HRD Corp pada 1993.
Latihan percuma kepada rakyat Malaysia, NTW 2024 tawar 25,000 kursus
NTW 2024 turut melibatkan penambahbaikan dalam penawaran kursus latihan termasuk meliputi sektor ekonomi digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI).
HRD Corp yakin berjaya terajui PLM
HRD Corp yakin mampu menjadi pemacu utama dalam membantu negara memanfaatkan potensi setiap rakyat Malaysia agar menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
NHCCE 2023: Pemangkin tambah baik pembangunan modal insan
NHCCE menjadi pemangkin untuk menambah baik landskap pembangunan modal insan, sekali gus memacu aspirasi negara maju.
NHCCE 2023: Himpunkan pakar, pemain industri majukan modal insan Malaysia
Persidangan dan pameran anjuran HRD Corp itu mendapat penyertaan lebih 3,500 delegasi serta 400 reruai pempamer dengan kehadiran 7,000 pengunjung.
Kerjasama kerajaan, pemain industri penting supaya Malaysia kekal berdaya saing - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah agar kerajaan, pemain industri dan semua pihak terus memberikan keutamaan kepada pembelajaran sepanjang hayat untuk rakyat.
Malaysia tidak mampu hilang tenaga kerja mahir - V Sivakumar
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar percaya pembangunan modal insan di negara ini boleh terus dipacu menerusi kerjasama pelbagai pihak.
Sivakumar beri kerjasama kepada PAC, dipanggil kerana HRD Corp bawah KSM
PAC telah memanggil Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar untuk memberi keterangan dalam prosiding berhubung isu pengurusan HRD Corp.
Inkuiri HRD Corp: PAC panggil Sivakumar Khamis depan - Mas Ermieyati
Turut dipanggil ialah wakil Kementerian Kewangan dalam HRD Corp yang diminta hadir pada 1 November 2023.