NATIONAL
#ICYMI Pilihan Pengarang (7-13 Nov 2016)

Rangkuman berita pilihan pengarang Astro AWANI sepanjang minggu dari 7 hingga 13 November 2016.
PELBAGAI berita tempatan dan antarabangsa disajikan sepanjang minggu lalu, dan pastinya kisah masyarakat dan perkembangan politik antara yang menjadi tarikan.
Antara yang paling mendapat tumpuan adalah kisah kanak-kanak hilang kerana terpedaya dengan keseronokan dunia gelandangan, titah Sultan Perak tentang kehebatan UiTM, kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, serta mangsa gangguan seksual dalam kalangan wanita di negara ini.
Berikut adalah rangkuman berita pilihan pengarang Astro AWANI sepanjang minggu dari 7 hingga 13 November 2016:
ISNIN, 7 NOVEMBER
Seronok hidup gelandangan punca Noor Ayrill Aqasha hilang – Polis
Seronok mengikuti kehidupan gelandangan bersama rakan-rakan di kawasan Chow Kit selain takut dimarahi ayahnya antara punca kanak-kanak lelaki Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, enggan pulang ke rumahnya.

Noor Ayrill Aqasha terpedaya dengan hidup bebas kanak-kanak gelandangan. - Gambar fail
Anak pasangan suami isteri yang maut dihempap kren pencucuk besi Jumaat lalu memaafkan pemandu jentera berkenaan selepas mengadakan pertemuan pertama dengan pihak syarikat pembinaan berkenaan.
SELASA, 8 NOVEMBER
UiTM telah berjaya memenuhi visi dan misi untuk membangunkan sumber manusia Melayu. Kejayaan yang dicapai, telah menjadi sumber inspirasi untuk mencipta kejayaan lebih gemilang, titah Sultan Perak.
Sebuah penulisan analisis tentang kemungkinan calon Demokrat Hillary Clinton memenangi kerusi kepresidenan Amerika Syarikat.

Hillary Clinton akhirnya terpaksa menerima hakikat tidak dapat berada di kerusi nombor satu Amerika Syarikat. - Gambar fail
RABU, 9 NOVEMBER
Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett berkata impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang baru tamat.

Dunia Islam khuatir dengan kata-kata Donald Trump tentang hak Israel di Baitulmaqdis semasa kempen politiknya. - Gambar fail
Rakaman video ucapan Donald Trump sejurus beliau secara sah diumumkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.
KHAMIS, 10 NOVEMBER
Dakwa Syima Mohamad dalam status yang dikongsi 8 November lalu itu, dia mengalami gangguan tersebut dalam keadaan tren yang sesak dengan penumpang. Biarpun cuba mendapatkan perhatian orang ramai dengan menjerit, namun Syima kecewa apabila tiada yang sudi menghulurkan bantuan.

Kisah wanita diganggu secara seksual di tempat awam sering dilaporkan di media. - Gambar fail
Filipina memberi 'lampu hijau' kepada Malaysia untuk merentasi sempadan perairan negara berkenaan bagi operasi mengejar pengganas dan penculik. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu dipersetujui hasil mesyuarat dua hala dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
JUMAAT, 11 NOVEMBER
Dalam beberapa siri tweet, penyanyi berusia 30 tahun itu tidak ketinggalan menyatakan kebimbangan dengan perkembangan di AS. Yuna pada mulanya menjawab pertanyaan seorang peminat yang bertanyakan jika dia sudah mengemaskan barang-barangnya untuk pulang ke Malaysia, susulan kemenangan Trump.

Yuna zahirkan rasa bimbang dengan perkembangan politik di Amerika Syarikat. - Gambar fail
Seorang wanita mendakwa dirinya dihendap seorang lelaki ketika berada dalam tandas di sebuah stesen minyak. Dalam perkongsian status di Facebook, Wahida Zainal Abidin menceritakan, kejadian berlaku malam tadi (10 November) di stesen minyak yang terletak di Kajang.
SABTU, 12 NOVEMBER
Bapa terharu nama Ridzuan Puzi akan diingati sepanjang zaman
Keluarga terharu apabila Taman Sinar Harapan yang di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran, dinamakan sempena nama atlet Paralimpik.

Ridzuan akan terus menjadi inspirasi ramai khususnya golongan OKU. - Gambar fail
Penyanyi dan komposer Syed Azlan Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Arab meninggal dunia akibat komplikasi jantung di sebuah hospital di Seremban pada jam 3 pagi.
AHAD, 13 NOVEMBER
Jamal Baju Merah dakwa ditumbuk 'budak Zuraida'
Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunus mendakwa diserang dan ditumbuk oleh 'budak Zuraida' di Ampang pada Ahad.
Gempa bumi kuat berhampiran Christchurch, New Zealand
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter telah berlaku di 91km timur laut Christchurch, New Zealand, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Susulan itu, amaran tsunami telah dikeluarkan.

Gempa bumi di New Zealand meninggalkan kesan kerosakan yang nyata di beberapa kawasan di selatan negara itu. - Gambar fail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami