Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron memberi bayangan akan melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) sekiranya pasukan itu terus menampilkan prestasi hambar dalam saingan Liga Super musim ini.
Idris berkata beliau kecewa dengan prestasi skuad Melaka United yang menjadi pasukan belasahan, dan menuntut barisan pemain agar segera bangkit untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam saingan liga.
"Saya berasa sedih apabila nasihat saya bagi membantu Melaka United seolah-olah tidak didengari oleh pasukan dan pemain yang terus dibelenggu masalah dalaman sehingga melemahkan seluruh pasukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri telah berusaha keras mencari dana untuk pasukan berkenaan, namun ia seperti tidak dihargai kerana pasukan berkenaan masih gagal memperbaiki prestasi mereka dalam saingan Liga Super.
Pasukan Melaka United, yang merupakan pendatang baharu dalam Liga Super musim ini, kini menduduki tangga ke-10 liga apabila sekadar mengutip sembilan mata, hasil dua kemenangan, tiga seri dan lima kali tewas.
Sementara itu, Timbalan Presiden MUSA Datuk Yusuf Mahadi ketika dihubungi berkata persatuan berkenaan akan mengambil teguran Ketua Menteri itu sebagai cabaran bagi memperbaiki prestasi pasukan bagi menghadapi saingan liga akan datang.
"Di pihak pengurusan, kita memerlukan sedikit masa untuk melakukan perubahan kerana masih baru dalam Liga Super," katanya ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan Presiden MUSA akan melepaskan jawatan kerana kecewa dengan pencapaian pasukan berkenaan.
Beliau berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menggugurkan pemain yang masih gagal memperbaiki prestasi masing-masing.
"Prestasi turun naik pasukan satu perkara biasa, namun MUSA akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada secara holistik, baik di peringkat pengurusan, kejurulatihan mahupun pemain. Berikan kami sedikit masa," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
Idris berkata kerajaan negeri telah berusaha keras mencari dana untuk pasukan berkenaan, namun ia seperti tidak dihargai kerana pasukan berkenaan masih gagal memperbaiki prestasi mereka dalam saingan Liga Super. - Gambar fail
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
AWANI Ringkas: Peguam berhubung dengan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB
KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Pendanaan awam politik kurangkan kes rasuah - IDEAS
Kebaikan pendanaan awam bagi parti politik dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat besar, individu-individu kaya dan sebagainya yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada derma diberi.
Sikon Remal: Angka korban meningkat kepada 32 orang
Angka kematian susulan Siklon Remal meningkat kepada 32 orang di Bengal Barat dan empat negeri di India.
PRN Melaka: 'Idris, pilih tempat lain kalau nak ceramah, jangan ganggu mesyuarat UMNO' - Ahmad Maslan
Jelas Ahmad, Idris telah disahkan dilucut keahlian dan tidak sepatutnya bertindak demikian.
PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil kecoh, Idris muncul beri ucapan
Keadaan mula kecoh selepas ada antara Ahli Jawatankuasa UMNO yang mempersoalkan lokasi mesyuarat diadakan.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Saya akan cari siapa cabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang? - Idris
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Idris untuk bertanding melawannya dalam PRN Melaka jika dilaksanakan.
Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.
Tangani banjir kilat: Melaka usaha banyakkan kolam takungan air di taman perumahan
Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu sudah dilaksanakan di beberapa taman perumahan dan ia dilihat berjaya mengatasi bencana itu.
Pecat Idris Haron suatu dakwaan mengarut - Sulaiman
Menurut Sulaiman, kenyataan itu adalah suatu yang tidak masuk akal dan ia sengaja dicetuskan oleh individu tidak bertanggungjawab
Idris Haron serah nasib kepada pucuk pimpinan BN tentukan kerusi yang akan ditandingi
Datuk Seri Idris Haron berkata, buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur
Bantuan sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada dua penggali kubur di setiap 194 kariah di seluruh negeri Melaka.
Persempadanan semula pastikan wakil rakyat berkhidmat lebih efektif
Langkah itu bagi memberi peluang dan ruang kepada pemimpin masyarakat itu untuk menyalurkan perkhidmatan yang diamanahkan secara menyeluruh.