NEW DELHI: Industri pelancongan Malaysia sentiasa melihat India sebagai satu daripada sumber penting dalam usaha meningkatkan ketibaan pelancong ke negara ini, ketika mereka bergelut untuk memperhebat usaha ke arah pemulihan sektor berkenaan.
Menerusi penyertaan dalam karnival pelancongan di Noida Raya berhampiran New Delhi, perwakilan Malaysia sibuk mengatur pertemuan dengan operator pelancongan India untuk mengemas kini pembukaan semula hotel, taman tema serta jadual penerbangan yang beransur-ansur disusun semula.
Timbalan Pengerusi Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Anil Jeet Singh Sandhu; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Hidayat Abdul Hamid serta pegawai lain turut memberikan taklimat kepada media mengenai peraturan baharu terhadap pelancong asing, menekankan betapa kebanyakan syarat ketat berkaitan pandemik sudah pun dimansuhkan bagi membolehkan sektor pelancongan Malaysia dibuka semula.
"Malaysia sudah sedia menerima pelancong dari luar negara. Bermula 1 Mei, pelancong yang sudah lengkap divaksin tidak lagi perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas atau ketika tiba dan mereka juga tidak perlu menjalani kuarantin serta mengambil insurans khas COVID-19," katanya.
Kempen promosi pelancongan Malaysia di India mendapat sambutan berikutan peningkatan dalam penerbangan. Bilangan penerbangan mingguan antara India dan Malaysia ditambah kepada 104 berbanding 76 dan kebanyakan bandar utama di India kini dihubungkan dengan Kuala Lumpur.
Antara syarikat Malaysia yang menyertai pameran tiga hari di Bursa Pengembaraan dan Pelancongan Asia Selatan (SATTE) yang bermula pada Rabu itu, termasuk Sunway Resort, Genting SkyWorld, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Desaru Coast, Lembaga Pembangunan Langkawi, Air Asia dan Batik Air.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn Bhd Roslina Arbak, berkata insentif bernilai 12 juta rupee India (kira-kira RM680,000) ditawarkan bagi menarik pelancong serta mereka yang berminat menggunakan kemudahan Desaru untuk acara dan majlis perkahwinan.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Tourism Malaysia di New Delhi Sulaiman Suip berkata sasaran tahun ini adalah untuk menarik 172,000 ketibaan dari India.
"Jumlah ini berdasarkan trend ketibaan yang dilihat sejak sempadan dibuka semula pada April," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Kempen promosi pelancongan Malaysia di India mendapat sambutan berikutan peningkatan dalam penerbangan. - Gambar fail
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
PERDA usaha rancakkan sektor pelancongan menerusi 'Visit My Kampung'
Para pelancong akan berpeluang merasai sendiri suasana kampung serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart
Eksport meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2024 - pulih daripada penguncupan 6.9 peratus dalam suku keempat 2023.
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand
Festival itu bermula dengan paparan budaya dan warisan Thailand yang meriah dengan perarakan sejauh satu kilometer.
Pelawat di Thailand dikecualikan sementara serahan Borang TM.6 di pusat pemeriksaan imigresen
Keputusan itu bertujuan merangsang sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan.
Melaka Explorace 2024 tumpu produk pelancongan negeri
Pertandingan mencari harta karun 'Melaka Explorace 2024' anjuran kerajaan negeri dan Bernama akan memberi tumpuan terhadap produk-produk pelancongan negeri.