JOHOR BAHRU: Industri pelancongan negara memerlukan produk baharu terutama yang bertaraf premium, bagi menarik lebih ramai pelancong berkualiti berikutan ia semakin berkembang selepas dua tahun terjejas akibat pandemik COVID-19.
Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) Uzaidi Udanis berkata penggiat industri perlu mengambil peluang dengan mewujudkan produk pelancongan seumpama itu kerana pelancong kini berminat dengan tarikan yang menjanjikan pengalaman unik.
"Pasaran pelancongan juga kini bertukar menjadi dinamik, sekali gus menyaksikan peningkatan kos pakej dan harga tiket penerbangan.
"Jadi takkan kita nak jual pakej pada harga biasa, produk kita hendaklah lebih premium untuk kita dapat tarik lebih ramai pelancong berkualiti, bukan (berdasarkan) kuantiti (sahaja)," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Johor Sumpit Challenge and Aboriginal Festival 2022 di sini, pada Rabu.
Beliau berkata produk pelancongan seperti JDT Hummer Tour dan Caravan Park di Johor merupakan antara produk berkualiti yang menjadi tarikan.
Uzaidi berkata pada masa sama, teknik pemasaran terbaik juga amat diperlukan berikutan industri pelancongan dunia ketika ini semakin sibuk.
"Semua orang hendak melancong, tetapi apa strategi pemasaran kita. Kena buat promosi, jadi lebih aktif dan beri perkhidmatan yang berkualiti," katanya.
Sementara itu, Johor Sumpit Challenge and Aboriginal Festival 2022 anjuran Koperasi Jakun Asli Peta Mersing Berhad akan berlangsung pada 8 Ogos ini di Kampung Peta, di Taman Negara Endau-Rompin, Mersing.
Festival itu yang juga sebahagian daripada pakej ekopelancongan, menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan sumpit, persembahan kebudayaan Orang Asli dan menaiki rakit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Presiden Majlis Pelancongan Malaysia Uzaidi Udanis (tiga, kiri) mencuba menyumpit pada Majlis Pelancaran Johor Sumpit Challenge and Aboriginal Festival. - Foto BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Perlawanan Piala Sumbangsih kekal berlangsung
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
[TERKINI] Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
Pantau Belanjawan: Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC juga telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan Internet sedia ada di sekitar pulau tersebut.
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.