SHAH ALAM: Kotak hitam helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pendaratan cemas ketika melaksanakan latihan menyelamat di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor pada 5 Mac lalu ditemukan petang tadi selepas 44 hari pencarian.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata kotak hitam berkenaan dijumpai pasukan penyelam penyelamat Maritim Malaysia selepas ekor pesawat terbabit dikesan di kedudukan 1.9 batu nautika selatan Pulau Angsa, iaitu kira-kira 760 meter dari lokasi nahas berlaku.
"Setelah berjaya dinaikkan dari dasar laut, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisis data rakaman bagi mengetahui punca sebenar insiden yang berlaku.
"Pihak Maritim Malaysia menjangkakan keputusan data akan diperoleh dalam masa terdekat berikutan keadaan kotak hitam tidak mengalami sebarang kerosakan yang teruk," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Hamid berkata operasi pencarian yang melibatkan 21 penyelam berhadapan dengan kesukaran akibat arus deras di dasar laut, selain jarak penglihatan di dalam air yang terhad akibat dasar laut berlumpur.
Beliau berkata selain Maritim Malaysia, misi pencarian kotak hitam itu turut disertai kru sonar Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).
Turut terlibat dalam misi ini adalah pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd, Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia serta kru kapal dan bot Maritim Negeri Selangor, katanya.
Dalam kejadian pada 5 Mac itu, pesawat yang diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan disertai Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim terpaksa melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Setelah berjaya dinaikkan dari dasar laut, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisis data rakaman. - FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Insiden Pulau Angsa: Kotak hitam helikopter Maritim Malaysia ditemui
Setelah berjaya dinaikkan dari dasar laut, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisis data rakaman.
Insiden Pulau Angsa: APMM masih siasat punca kejadian
Maritim Malaysia masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar helikopter jenis AW139 kendalian agensi itu melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, pada 5 Mac lepas.
Dakwaan pesawat terhempas di Klang tiada kotak hitam dirujuk kepada CAAM - KPN
Siasatan berkaitan dakwaan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, tidak dilengkapi kotak hitam dan perakam data penerbangan diserahkan kepada CAAM.
Nahas Yeti Airlines: Kotak hitam akan diperiksa di Singapura
Pasukan siasatan Nepal akan berlepas ke Singapura pada Jumaat dan proses pemeriksaan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pesawat terhempas di Nepal: Dua kotak hitam, satu lagi mayat ditemukan
Dua kotak hitam milik pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 dan satu lagi mayat ditemukan di lokasi nahas pada Isnin, menjadikan angka kematian terkini kepada 69 orang.
Kotak hitam pesawat terhempas di Nepal ditemui
Penemuan tersebut bakal membantu pasukan penyiasat menentukan punca penerbangan itu terhempas.
Nahas China Eastern Airlines: Operasi mencari kotak hitam kedua diteruskan
Pihak berkuasa China meneruskan operasi mencari kotak hitam kedua pesawat China Eastern Airlines MU5735 yang terhempas di selatan China Isnin lalu.
Nahas MU5735: Media China tarik balik laporan 'kotak hitam kedua ditemukan'
Berita 'penemuan' kotak hitam kedua itu pertama kali dilaporkan pada Jumaat oleh CAAC News, sebuah akhbar dikendalikan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China.