KUALA LUMPUR: Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.
Ini membuatkan Ismail Sabri terlibat langsung merangka dan melaksanakan setiap tindakan kerajaan bagi mengekang penularan wabak maut itu yang memerlukan kerjasama penuh orang awam.
Peranan Ismail Sabri dalam mengawal COVID-19 kemudian bertambah penting apabila beliau kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos 2021.
Justeru, cukup tepat sekali apabila Ismail Sabri yang kini melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) memilih tajuk 'tindakan Malaysia dalam memerangi COVID-19' sebagai idea penyelidikan beliau.
Berkongsi pembentangan idea dalam Sesi Kolokium Penunut PhD anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata, Malaysia diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara negara yang terbaik di dalam tindakan memerangi COVID-19.
Katanya, tidak ada negara dalam dunia yang boleh dijadikan contoh mengenai tindakan mereka memerangi COVID-19 kerana ia adalah pengalaman yang pertama bagi setiap negara.
"Setiap polisi dan tindakan adalah berdasarkan acuan mereka sendiri," katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau.
Tesis PhD Ismail Sabri berjudul 'Pembentukan Model Polisi Respons Mendepani Pandemik COVID-19 di Malaysia'.
Kata bekas Perdana Menteri itu, beliau berharap agar dunia dapat melihat bagaimana pengalaman dan tindakan Malaysia memerangi COVID-19.
"Alhamdulillah selesai membentangkan cadangan ‘research’ untuk PhD dalam sesi kolokium kelmarin. Tesis saya adalah mengenai tindakan Malaysia dalam memerangi COVID-19," jelasnya.
Turut sama dalam gambar yang disertakan dalam hantaran itu ialah Prof Madya Dr Jessica Ong, penyelia tesis dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Selain Dr Jessica, penyelia pertama tesis ini ialah Prof Dr Rusdi Omar manakala Dr Kamarul Zaman Yusoff sebagai penyelia kedua.
Ismail Sabri yang merupakan Menteri Kanan Kluster Keselamatan ketika mula COVID-19 melanda diingati sebagai jurucakap penting kerajaan yang berjaya menasihati dan memperingati orang awam menerusi sidang media hariannya.
Perwatakan yang perlu tegas tetapi pada masa sama perlu 'memujuk' rakyat untuk mengikuti arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan beliau mendapat jolokon mesra sebagai 'Pak Long' oleh warga maya Malaysia.
Ketika menjadi Perdana Menteri, COVID-19 mula reda susulan adanya vaksin, tetapi wabak itu masih menjadi satu ancaman kepada masyarakat dunia dengan hal terpenting ialah fasa pemulihan ekonomi negara pascapandemik demi kelangsungan kehidupan rakyat.- Dagang News
Dagang News
Thu Feb 15 2024
Ismail Sabri bersama Dr Jessica, penyelia tesis dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). - Gambar/ FB Ismail Sabri Yaakob
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.