Berikutan insiden pembunuhan pensyarah dan imam warga Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang menggemparkan pada Sabtu lepas, isteri Allahyarham berkata beliau dan tiga anaknya akan kembali ke tanah air mereka di Palestin untuk selama-lamanya.
Namun Enas Al Batsh, 31 tahun, berkata beliau akan memenuhi hasrat arwah suaminya supaya beliau meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).
Beliau menyifatkan Allahyarham suaminya, yang ditembak mati ketika berjalan menuju ke surau dekat kondominium mereka di Setapak untuk mengimamkan solat Subuh, sebagai seorang yang mengutamakan pendidikan.
"Saya masih ingat suami saya berkata, anda telah bersabar menunggu saya menamatkan pengajian PhD, dan saya akan menunggu anda meneruskan pengajian PhD. Beliau bersungguh-sungguh meminta saya menamatkan pengajian," katanya kepada media di sini pada Selasa dalam temubual pertamanya susulan insiden pembunuhan itu yang menggemparkan rakyat Malaysia.
BACA: Imam Palestin mati ditembak
Bercakap menerusi penterjemah, Enas yang berasa amat sedih atas pemergian suaminya, berkata beliau telah mendaftar untuk mengikuti program PhD di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan akan meneruskan pengajian secara dalam talian.
Enas juga menghargai kesanggupan Allahyarham Fadi yang berkorban demi pendidikan anak-anak mereka.
Enas yang mengenakan jubah berwarna biru ketika sesi bersama media, ditemani anak lelakinya berusia satu tahun, Mohammed dan adik iparnya, Ramy Al Batsh, 28 tahun, yang tiba di Malaysia dari Jerman.
Dengan tutur kata yang sebak, Enas berkata beliau telah menetap di Malaysia sejak tujuh tahun lepas.
Beliau berkata keluarganya sudah merancang untuk bercuti di Malaysia sebelum arwah suaminya ditembak mati.
BACA: KPN sahkan penemuan motosikal suspek kes tembak Dr Fadi
BACA: Polis edar lakaran wajah suspek kes tembak Dr Fadi
Beliau menyifatkan Allahyarham Fadi, 35 tahun, sebagai suami yang baik dan penyayang dengan sikap yang positif.
Jenazah Allahyarham dijangka diterbangkan ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL kira-kira 7 malam esok sebelum dibawa ke Gaza melalui jalan darat.
BACA: Jenazah Dr Fadi akan dibawa pulang ke Gaza - Duta Palestin
Sementara itu, Ramy menyifatkan Allahyarham abangnya sebagai seorang yang luar biasa dan baik hati, dan menjadi guru kepada orang di sekeliling.
Dalam pada itu, Ramy mengecam mereka yang membunuh abang tersayangnya yang merupakan bapa kepada dua anak perempuan - Doaa, 6 tahun, dan Aseel, 4 tahun.
"Pelaku insiden itu harus dibawa ke pengadilan dan dikenakan hukuman yang paling berat," katanya.
Beliau berkata Allahyarham Fadi yang menghafal al-Quran, adalah seorang insan biasa dan disukai ramai termasuk mereka yang bukan Islam.
"Tidak dapat dibayangkan bahawa arwah boleh mencederakan orang lain yang menyebabkan beliau dibunuh, " katanya.
Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa abangnya itu ialah pakar pembuat roket.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 24 2018
Dr Fadi disifatkan sebagai suami yang baik dan penyayang dengan sikap yang positif.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan
Aktor Bollywood Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April.
Lelaki dikejar hingga ke kedai kopi sebelum maut ditetak
Pemandu lori berusia 27 tahun dipercayai dibunuh oleh dua lelaki bersenjata parang dan sabit.
Suspek kes bunuh maut ditembak selepas serang polis dengan parang
Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor.
Sembilan maut ditembak di Afrika Selatan
Sembilan orang maut ditembak manakala lapan lagi cedera dalam satu kejadian di Rustenburg, Afrika Selatan pada Sabtu.
Pemilik bengkel kereta maut ditembak di Machang
Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi di Kampung Hutan Kuin.
Pelancong guna jet ski ditembak mati di luar pantai Algeria
Insiden itu mencetuskan kemarahan di Maghribi selepas seorang nelayan menyiarkan rakaman mayat yang terapung di laut.
Calon Presiden Ecuador maut ditembak
Calon presiden Ecuador Fernando Villavicencio maut selepas ditembak lelaki tidak dikenali, kurang dua minggu menjelang pilihan raya parlimen.
Mexico: Wartawan mati ditembak di tempat letak kereta di Acapulco
Seorang lagi wartawan menjadi korban di Mexico, kali ini pengarah berita dalam talian ditembak mati di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Acapulco.
Terkeliru alamat, remaja lelaki kulit hitam ditembak
Ralph Yarl ingin menjemput dua adiknya, namun dilaporkan memasuki kawasan kejiranan yang salah dan kemudian ditembak.
Bayi antara enam ditembak mati di California
Pihak berkuasa percaya ibu bayi berkenaan dan anaknya ditembak ketika cuba melarikan diri.