awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu royalti minyak Kelantan modal kempen PAS

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
13/09/2014
09:04 MYT
Isu royalti minyak Kelantan modal kempen PAS
Muhyiddin menjelaskan royalti Kelantan bukan isu baru dan penerangan berkaitannya termasuk dari sudut undang-undang, perlembagaan dan amalan syarikat
Isu royalti minyak Kelantan dijangka menjadi modal kempen PAS untuk menyerang Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu dan sentimen ulangan berkaitan royalti itu dijangka digunakan penceramah PAS.
Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN mencabar PAS menubuhkan satu jawatankuasa sendiri untuk menyiasat dan meneliti akaun Petronas serta membuktikan bahawa kerajaan pusat gagal tunaikan kewajipan berkaitan isu royalti
“Kalau mereka nak cabar keputusan itu mereka boleh cabar kerana tuntutan yang disebut oleh mereka tidak benar dan saya katakan itu satu fitnah jadi dia membuat tuduhan tak betul saya cabar PAS tubuh jawatankuasa untuk siasat perkara sebenar untuk teliti kononnya didapati ada jumlah RM12 bilion tidak dibayar kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan, “ kata Muhyiddin.
"Kita bersikap terbuka dan telus kalau nak siasat akaun boleh siasat dan saya pasti berdasarkan rekod mereka tak punyai hak tapi atas dasar pertimbangan kita setuju bagi wang ehsan,” tambahnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas proses penamaan calon PRK Dun Pengkalan Kubor di pejabat tanah dan jajahan Tumpat, di sini hari ini.
Muhyiddin menjelaskan royalti Kelantan bukan isu baru dan penerangan berkaitannya termasuk dari sudut undang-undang, perlembagaan serta amalan syarikat korporat juga berulang kali dijelaskan.
Katanya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta dan isu ini telah dieksploitasi pemimpin PAS.
Biarpun pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada kerajaan pusat, namun beliau berkata, bn tidak pernah melupakan rakyat kelantan dan atas pertimbangan kerajaan pusat juga, kira-kira RM140 juta wang ehsan sudah disalurkan untuk negeri ini.
Sebelum ini kerajaan PAS kelantan menuntut hasil royalti petroleum yang di kawasan joint development area (JDA) berhampiran Vietnam berjumlah 12 bilion.
Topic Berkaitan
#BN
#DUN
#Kelantan
#Muhyiddin Yassin
#PAS
#Pengkalan Kubor
#PRK
#royalti minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan