ADALAH menjadi harapan semua pihak dalam negara kita supaya tidak akan ada pengumuman cukai baru, peningkatan terhadap mana-mana cukai sedia, serta kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam negara kita sempena proses pembentangan Bajet 2022 yang akan diumumkan pada petang ini. Namun, sekiranya pihak kerajaan masih mahu menaikkan kadar cukai atau harga barangan dan perkhidmatan dalam negara kita adalah disarankan supaya pihak kerajaan menaikkan harga dan cukai barangan berkaitan dengan rokok sahaja. Oleh yang demikian, adalah ingin disarankan harga sekotak rokok dan cukai berasaskan hasil tembakau yang digunakan untuk membuat rokok dinaikkan sebanyak 100% sekali gus menjadikan rokok sebagai barangan mewah dan sukar untuk diperolehi perokok. Cadangan kenaikan harga dan cukai terhadap rokok ini adalah bagi memberi tekanan psikologi jangka panjang kepada golongan perokok yang ada dalam negara kita supaya mereka berhenti daripada tabiat dan ketagihan merokok. Di samping memberi tekanan psikologi kepada golongan perokok, kenaikan harga dan cukai rokok ini juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan negara kita. Memandangkan terdapat berjuta-juta rakyat Malaysia yang masih ketagih dengan rokok ini, kenaikan harga dan cukai terhadap komoditi ini dijangka dapat meningkatkan lagi sumber pendapatan negara kita. Sumber pendapatan sampingan ini kelak dapat digunakan untuk membiaya pelbagai projek pembangunan dan pengurusan negara kita untuk tahun-tahun yang akan datang.
Demi menjaga kesihatan rakyat negara ini buat tempoh jangka masa panjang adalah penting supaya sebarang bahan atau barangan yang boleh mengundang ketagihan serta membawa kepada masalah kesihatan kepada rakyat kita seperti rokok diberi peningkatan harga dan cukai yang berterusan setiap tahun bagi memberi tekanan psikologi khususnya dari aspek beban kewangan terhadap mereka yang ketagih dengan pengunaan bahan berkenaan. Umum telah pun mengetahui mengenai bahaya yang datang akibat daripada aktiviti ketagihan merokok terutamanya dari sudut kesihatan. Bahaya yang hadir daripada aktiviti merokok ini bukan sahaja akan mengundang bahaya kepada diri si perokok itu sendiri malah turut mengundang bahaya kepada orang sekeliling yang terpaksa bau asap yang dihasilkan oleh rokok terbabit.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama ini yang banyak memberi pendidikan, pendedahan serta kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya merokok seperti melalui iklan-iklan bahaya rokok serta melalui proses penambahbaikan undang-undang. Pihak kerajaan juga telah melaksanakan strategi promosi kesihatan menerusi media massa iaitu kempen antimerokok “TAK NAK”. Kempen ini telah direka dengan tujuan untuk memberi kesedaran tentang bahaya merokok, menggalakkan perokok agar berhenti merokok, dan mengekalkan hasrat bukan perokok (khususnya remaja agar tidak mula merokok). Namun usaha berkenaan ibarat mencurah air di daun keladi kerana masih ramai di kalangan rakyat kita yang dilihat masih gemar untuk merokok. Apa yang turut menjadi kebimbangan, ketagihan merokok ini juga dilihat telah mula menular di kalangan orang-orang muda dalam negara kita termasuklah mereka yang masih bersekolah.
Oleh yang demikian, sudah sampai masanya pihak kerajaan mengambil satu langkah yang lebih drastik dalam mengatasi masalah ketagihan terhadap rokok demi kebaikan rakyat kita terutamanya generasi muda. Langkah drastik bagi menaikkan harga rokok dan menaikkan cukai bagi barangan yang berasaskan tembakau untuk menghasilkan rokok perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan kerana ia sedikit sebanyak dapat membendung masalah ketagihan merokok di kalangan rakyat negara kita terutamanya di kalangan generasi muda. Jika harga rokok sudah dinaikkan, individu yang ketagih dengan rokok akan mula berfikir banyak kali sebelum mereka membeli rokok terbabit pada masa akan datang. Cadangan kenaikan harga dan cukai terhadap rokok ini bukanlah satu cadangan yang baru malah sudah terdapat pelbagai pihak terutamanya Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Persatuan Pengguna yang turut merasakan cadangan kenaikan harga dan cukai terhadap barangan terbabit perlu dilaksanakan supaya tabiat merokok dapat ditangani dengan lebih berkesan. Cadangan kenaikan harga dan cukai ini juga selaras dengan peruntukkan yang terdapat didalam Konvensyen Rangka Kerja Organisasi Kesihatan Sedunia mengenai Kawalan Tembakau (WHO FCTC) 2003 di mana Malaysia telah meratifikasinya pada tahun 2005.
Pada masa yang sama pihak penguatkuasa perlu melakukan proses pemantauan ketat serta penguatkuasaan undang-undang sedia ada bagi membendung kegiatan penyeludupan rokok-rokok haram sekiranya harga dan cukai terhadap rokok dinaikkan kelak. Alasan dari pihak-pihak tertentu untuk tidak menaikkan harga atau cukai rokok hanya kerana kita bimbang dan takut akan berlakunya peningkatan proses penyeludupan dan pengunaan rokok seludup yang lebih berbahaya ataupun peningkatan pengunaan rokok elektronik seperti vape tidak harus dilayan kerana tujuan utama kita pada ketika ini ialah untuk memberi tekanan yang berterusan dan hebat bagi membendung masalah ketagihan merokok dalam negara kita khususnya di kalangan generasi muda. Isu berkaitan dengan rokok seludup dan rokok elektronik seperti vape boleh ditangani melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada serta proses penambahbaikan terhadap peruntukkan undang-undang yang sedang dilakukan sekarang oleh pihak kerajaan dari masa ke semasa.
* Dr Muzaffar Syah Mallow ialah Profesor Madya di Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Muzaffar Syah Mallow
Fri Oct 29 2021
Penulis berpendapat, memandangkan terdapat berjuta-juta rakyat Malaysia yang masih ketagih dengan rokok, kenaikan harga dan cukai terhadap komoditi ini dijangka dapat meningkatkan sumber pendapatan negara. - Gambar hiasan
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Empat lagi ditahan terima rasuah daripada sindiket penyeludupan
Padah menjadi perantara untuk memberi rasuah bagi pihak sindiket penyeludupan, seorang penjawat awam antara yang ditahan pihak berkuasa.
PDRM tumpas sindiket seludup rokok dan minuman keras, rampasan bernilai lebih RM98 juta
Hasil serbuan itu, polis menahan lapan lelaki terdiri daripada tujuh rakyat tempatan dan seorang warga asing.
GEG: KKM kaji kawalan penggunaan rokok, vape serentak
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji cadangan supaya kawalan penggunaan rokok dan rokok elektronik dijalankan secara serentak melalui dasar Generasi Penamat (GEG).
Tangguh dulu pengecualian cecair vap nikotin daripada Akta Racun 1952
Belum ada undang-undang yang jelas mengenai vap di negara ini.
Vape beri tanggapan seolah-olah benda buruk jadi baik - KKM
Cabaran sebagai pengamal perubatan dan pembuat polisi untuk menangani penggunaan produk tembakau menjadi lebih sukar akibat pengenalan produk pengewap atau vape.
Kerajaan Australia komited banteras tabiat merokok dan vape
Vape mula diharamkan secara bertahap susulan kerajaan sedang cuba melindungi generasi seterusnya daripada dibelenggu ketagihan nikotin.
Maritim Malaysia tumpaskan cubaan seludup 4.8 juta batang rokok
Kesemua rokok kretek berkenaan disyaki diseludup masuk dari negara jiran Indonesia untuk dijual secara haram dalam negara ini.
Britain galakkan perokok tukar kepada vape
Wanita hamil yang merokok pula akan ditawarkan insentif kewangan untuk membuat perubahan menukar rokok kepada vape.
Vape dan rokok tidak harus dilihat sebagai punca pendapatan negara - Pakar
Jika kedua-dua industri ini dilihat sebagai punca pendapatan, akan sentiasa wujud hujah yang akan menghalang GEG mengambil tempat.
Ketagihan nikotin dalam vape, rokok konvensional sama mudarat - NARCC
Lebih membimbangkan apabila remaja anggap ketagihan mereka kerana perisa dan bau vape, sedangkan produk tersebut merosakkan kesihatan.