ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas kenyataan Pengerusi Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang membuat kenyataan sinis terhadapnya.
Sanusi sebaliknya menegur Menteri Dalam Negeri itu supaya belajar menghormati bidang tugas orang lain selain dinasihatkan bekerja mengikut sistem sedia ada.
“Berada dalam petak masing-masing. Mahu melawat sekali sekala tak salah, tetapi projek itu ada penguasanya mengikut peraturan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini pada Khamis.
Menurutnya, setiap kerja akan menjadi berselerak sekiranya ada pihak enggan mematuhi sistem kerja dengan campur tangan pada peringkat yang bukan bidang kuasanya, sebaliknya tugasan yang sepatutnya dilakukan pada peringkatnya pula diabaikan.
“Kita bekerja atas landasan kita, tidak ‘cilok’ landasan orang lain sesuka hati. Kita telah ada sistem kerja pada setiap peringkat dengan fungsi setiap agensi dan jabatan yang diwujudkan.
“Sistem itu telah melalui pelbagai proses pemantapan sejak puluhan tahun, sudah dibukukan, diikat dengan arahan pekeliling kerajaan untuk memandu semua sendi kerajaan berfungsi pada peringkat masing-masing,” jelasnya.
Sanusi memaklumkan, pelaksanaan lima Loji Rawatan Air (LRA) yang sedang berjalan pada ketika ini mempunyai Pegawai Penguasa Projek (PP) yang dilantik selepas projek terbabit diluluskan, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
“PP sebagai penguasa telah melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah sebagai wakil PP yang menubuhkan sebuah Unit Teknikal JKR, iaitu Pasukan Projek Air Kedah (PPAK) pada 2021 dengan objektif mengukuhkan lagi kaedah atau mekanisme pemantauan projek LRA,” ujarnya.
Menurutnya, selaku badan sah mewakili Pegawai Penguasa Projek dalam menangani isu berbangkit berhubung projek berkenaan, sebarang arahan atau pandangan sama ada daripada menteri penyelaras atau timbalan menteri termasuk menteri besar sekalipun wajib melalui struktur carta aliran dalam sistem kerja tanpa terkecuali.
“Saya rasa sindrom ini pernah berlaku ketika kerajaan 22 bulan dan diulang lagi pada ketika ini.
“Puncanya mereka tidak percaya kepada keupayaan pegawai kerajaan yang terlatih dan sistem kerja yang sudah ‘establish.’ Apabila projek lambat, mereka cari orang lain untuk disalahkan.
“Bila projek itu siap kelak, mereka akan ada di depan untuk tuntut politik milage. Itu saja la depa (mereka) reti (tahu). Politik 24 jam!” tegasnya.
Pertikaman lidah antara Sanusi dan Saifuddin berlarutan apabila pada Selasa, Saifuddin membuat kenyataan sinis terhadap Sanusi dengan mengatakan, beliau tidak mahu mengganggu tumpuan Sanusi membangunkan The Greater Kedah meskipun Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri tidak diadakan.
Saifuddin secara sinis menyatakan biarlah dirinya memantau projek kecil seperti LRA, sementara Sanusi menjaga projek bernilai bilion ringgit seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), litar lumba di Sungai Petani serta jambatan darat Kedah-Songkhla.
Sebelum itu, Sanusi menyifatkan alasan Saifuddin yang tidak mengadakan mesyuarat kerana bimbang berlaku kebocoran maklumat rahsia sebagai 'mengada-ngada.'
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 7 Mac lalu, Sanusi dilaporkan kesal dengan tindakan Saifuddin yang tidak memanggil mesyuarat lebih setahun bagi membincangkan projek infrastruktur kerajaan Persekutuan di Kedah dengan kerajaan negeri sejak majlis tersebut ditubuhkan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 21 2024
Sanusi (kiri) nasihat Saifuddin supaya belajar menghormati bidang tugas orang lain selain dinasihatkan bekerja mengikut sistem sedia ada. - Gambar fail
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Sik disasar jadi hab tanaman padi huma
Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah Sik.
Operasi KAHB ditamatkan, bukan tutup - Sanusi
Operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi.
"Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin
Saifuddin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah meskipun dilihat bertelagah berhubung MTPN.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
'Jaga petak masing-masing' - Sanusi
"Kita bekerja atas landasan kita, tidak cilok landasan orang lain sesuka hati."
Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.