KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang berkata program itu bagi menandakan kebersamaan dan kesatuan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, adat, budaya dan kepercayaan agama.
Aaron berkata penganjuran program itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama yang dipengerusikan beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar pada 28 Okt tahun lepas.
"Kita faham di sesetengah negeri, ia mungkin sensitif kerana hal berkaitan agama ialah bidang kuasa di peringkat negeri tetapi bukan semua (negeri) tidak boleh.
"Kita sudah mengadakannya di Labuan dan Perlis dan sambutannya rancak, jadi saya harap ia tidak dipolitikkan kerana ia program bersiri yang akan diadakan sehingga November melibatkan beberapa lagi negeri dengan esok perasmiannya di Brickfields," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau ditemui selepas hadir sebagai tetamu pada program Ruang Bicara: Inisiatif Harmoni MADANI terbitan Bernama TV.
Aaron berkata Jejak Harmoni merupakan sebahagian aktiviti di bawah Inisiatif Harmoni MADANI yang dilaksanakan sama ada secara berjalan kaki (Harmoni Walk), menunggang basikal atau menaiki kenderaan (Harmoni Ride).
Menurutnya ia bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat terhadap pelbagai anutan agama dan budaya yang perlu dihormati dan diterima terutama dengan wujudnya pelbagai isu 3R (agama, raja, kaum) akhir-akhir ini.
"Kalau kita imbas kembali isu-isu itu, yang menjadi masalah teras ialah literasi dan kefahaman dari sudut agama, undang-undang dan sebagainya. Kita anggap kita tahu tetapi sebenarnya tidak tahu.
"Jadi menerusi program ini, kita tekankan dan gunakan konsep faham, hormat dan terima sesuatu agama yang dianuti sebab kita dalam sistem kepelbagaian," katanya.
Katanya aktiviti lain di bawah inisiatif sama ialah sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia, Podcast: Bicara Harmoni, Dialog Harmoni, Dokumentari Harmoni, Seminar Tokoh Pelbagai Agama dan Wacana Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Penganut Pelbagai Agama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Datuk Aaron Ago Dagang berkata program itu bagi menandakan kebersamaan dan kesatuan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, adat, budaya dan kepercayaan agama. - Gambar fail/BERNAMA
Zon aliran bebas Wang Kelian sedia dibuka semula
Kerajaan Persekutuan menzahirkan kesediaan dalam membuka semula zon aliran bebas sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian, Perlis yang sebelum ini ditutup sejak tahun 2015.
Pelancong China, India dipantau melalui data biometrik
Kerajaan sentiasa memantau keberadaan pelancong China dan India yang memasuki Malaysia melalui Pelan Liberalisasi Visa (PLV) dengan menggunakan data biometrik yang diperoleh ketika memasuki negara ini.
Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Dua gerai pasar malam di Nilai ditimpa pokok tumbang
Sebatang pokok tumbang dan menimpa dua khemah peniaga di tapak pasar malam Taman Semarak susulan hujan lebat petang tadi.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
KPN salur peruntukan bagi gerak kerja pascabanjir
KPN akan terus memantau keadaan di kawasan terjejas banjir manakala KRT yang terkesan banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada.
Kementerian Perpaduan Negara cadang pinda Akta Rukun Tetangga
Langkah membuat semakan dan pindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 sejajar dengan cabaran serta keperluan semasa.
Sekolah vernakular kini jadi tarikan, suburkan perpaduan - Menteri Perpaduan
Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini merupakan trend yang menarik dalam konteks perpaduan dalam negara.
Isu MITRA: 'Saya tidak dipanggil SPRM' - Halimah Sadique
Datuk Halimah Mohamed Sadique memberitahu Dewan Rakyat yang beliau tidak dipanggil SPRM berhubung siasatan isu MITRA.
PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.
Ahli politik harus berhenti manipulasi sentimen perkauman - Sivamurugan Pandian
Perkara itu terbukti seperti Tragedi Mei 1969, rusuhan kaum Kampung Rawa dan Kampung Medan, yang terus jadi titik hitam dalam sejarah negara.
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.