SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri itu.
Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, jawatankuasa khas berkenaan diwujudkan bertujuan mengawal dan mengekang kegiatan dakwah dalam talian yang bertentangan dengan enakmen, fatwa serta undang-undang syariah Selangor.
"Jawatankuasa khas ini ditubuhkan untuk melihat perkara seperti itu termasuk membabitkan soal penguatkuasaan (bahan dalam talian) antaranya bagaimana penguatkuasaan boleh dibuat jika alamat protokol Internet (IP) berada di luar (Selangor).
"Semua ini kita teliti dan sedang menetapkan kaedah serta cara bagaimana untuk mengekang serta mengawal perkara-perkara sebegini," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shafie Ngah (PN-Sungai Ramal) yang ingin tahu usaha kerajaan negeri berkait kegiatan dakwah dalam talian yang dikhuatiri menyimpang dan bertentangan dengan enakmen, fatwa dan undang-undang syariah Selangor.
Mohammad Fahmi berkata jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Dr Mohammad Fahmi berkata jawatankuasa khas berkenaan diwujudkan bertujuan mengawal dan mengekang kegiatan dakwah dalam talian yang bertentangan dengan enakmen, fatwa serta undang-undang syariah Selangor. - Gambar Bernama
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Status agama Islam: Mahkamah tolak rayuan wanita
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan seorang wanita bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS
MAIS yakin RUU 2024 yang diluluskan pada persidangan DUN pada Khamis, dapat menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.
Sultan Selangor titah masjid, surau sedia penyata kewangan tahunan beraudit
Pengurusan perolehan juga perlu diurus dengan tatakelola yang betul agar tidak melibatkan ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa, titah baginda.
Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil
Mahkamah Rayuan mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan MAIS meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama Raguram di mahkamah sivil.
Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS
Titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.
MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik tauliah mengajar penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi di Selangor.
MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail
MAIS hari ini menafikan kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun media sosial Facebook, Ahmad Shuaib Ismail, semalam, yang mempunyai unsur fitnah dan boleh menjatuhkan imej MAIS.