KUALA LUMPUR: Atlet renang negara, Phee Jinq En masih belum berpuas hati dengan prestasi dirinya ketika ini meskipun berjaya merangkul pingat emas menerusi acara 100 meter (m) kuak dada wanita pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2023 yang membuka tirai pada hari ini.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil itu di sini, atlet berusia 25 tahun yang mewakili Persatuan Renang Amatur Selangor berjaya mencatatkan 1 minit 10.06 saat (s) untuk berada pada kedudukan pertama, sekali gus menewaskan perenang Taiwan, Chieh Yu Hung yang merekodkan 1:10.39s untuk merangkul perak.
Sementara itu seorang lagi perenang muda negara, Tan Rou Xin yang mewakili Persatuan Renang Amatur Johor terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga selepas mencatatkan 1:12.26s.
Pada masa yang sama, pemenang pingat emas di tiga edisi Sukan SEA, yang sudah mengesahkan tempat menerusi Kategori A ke temasya dwitahunan di Phnom Penh, Kemboja pada Mei ini, melahirkan kegusaran kerana tidak banyak kejohanan kompetitif yang boleh disertai untuk menguji kemampuannya.
"Saya rasa segalanya berjalan dengan sangat baik berbanding tahun lepas di mana saya agak perlahan, sekarang saya bekerja dengan lebih kuat serta semakin berkeyakinan dan ini satu kemajuan yang baik.
"Walaupun saya gembira apabila menang hari ini namun ada juga perasaan bercampur baur kerana risau apabila Sukan SEA Kemboja tinggal lagi dua bulan namun tidak banyak pertandingan yang boleh disertai.
Mungkin ini hanya satu-satunya pertandingan untuk saya kemudian terus pergi Sukan SEA," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, pemenang tiga pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Jayden Tan turut mencuri tumpuan apabila muncul juara dalam acara 400m gaya bebas lelaki, selepas mencatatkan 3:56.92s untuk memastikan emas dalam genggaman.
Perenang berusia 18 tahun yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu hampir layak untuk beraksi di Kejohanan Renang Dunia di Fukuoka, Jepun pada Julai ini, namun terpaksa akur apabila hanya mampu mencatatkan masa lebih 00.78 saat berbanding 3: 56.14s. masa minimum yang ditetapkan ke saingan berpestij itu.
Manakala pingat perak milik perenang Syria, Omar Abbas dengan catatan 4:00.60s, sementara Guo Ting Huang dari Taiwan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas hanya merekodkan 4:01.83s.
"Saya sebenarnya mahu pergi ke Sukan SEA dengan kelayakan Kategori A namun terlepas hari ini apabila dibezakan beberapa saat, namun saya harap dapat juga tempah slot ke Kemboja menerusi acara 200m rampaian individu (IM) pada Isnin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Jinq En yang mewakili Persatuan Renang Amatur Selangor berjaya mencatatkan 1 minit 10.06 saat (s) untuk berada pada kedudukan pertama. - Foto Twitter BERNAMA
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.